Aku tanam lada besar untuk main2 jer,Tanam pun dlm kebun sawit yg baru diusahakan.Sementara tunggu sawit mengeluarkan hasil lebih baik buat apa yg patut.Yg paling banyak aku tanam ialah ubi kayu,kalau orang indonesia cakap singkong,huhuhu,Selain itu aku tanam serai,Kedua2 tanaman tu sangat mudah dijaga,akan menjadi dgn tak perlu bagi perhatian yg lebih terutamanya ubi kayu,Atas sebab senang dijaga aku fokus kpd penanaman lada kerana lada sangat payah dijaga.
Sebenarnya tudung plastik ni dipasang terbalik,sepatutnya yg putih keatas,yg hitam kebawah,apa nak buat,dah tersilap
Tanam lada memerlukan perhatian yg lebih.Tapi aku tanam dgn cara yg mudah,aku tak pergi kursus kemana2.Lagi pun aku tanam sikit sgt,peringkat pertama aku tanam 200 lubang,peringkat kedua dlm 300 lubang dan peringkat ketiga 500 lubang,aku tanam atas batas bukan dlm polybag yg dibuat orang.Kawan aku ckp kalau nak tanam lada mesti belajar utk tanam lada atau pergi kursus kemana2 tempat yg dianjurkan oleh jabatan pertanian atau org perseorangan,Kpd aku memang perlu belajar,kerana dari belajar lah kita akan dapat ilmu.oleh kerana malas utk pergi majlis rasmi mcm tu,aku tanam lada dgn tak ada ilmu,bagi aku basic utk menanam sgt mudah iaitu tanam dan jaga,jaga maksud nya buang rumput,isi baja,menyiram,bila pokok kita dah matang,dah berbuah,punggut je hasil nya..Mudah kan tu..ππππ.
Tempat semaian,aku buat kat atas iaitu mcm pelantar,supaya semut tak makan atau dibawa lari semut.aku malas nak guna racun furadan.
1)MENYEMAI.
Benih boleh je ambik kat mana2,beli pasar ke,mintak dgn org ker,beli kat kedai peladang ke.curi ke,tp yg ni dikutuk oleh allah,diam dlm neraka lh jawab nya.Benih yg aku gunakan ialah benih yg aku buat sendiri dgn beli dipasar,lada besar yg dibeli diambik bijinya,selepas tu jemur selama tiga hari.sebelum dijemur aku rendam biji lada dalam air garam selama tiga jam,lepas tu baru dijemur atas kertas atau kain.Rendam dalam air garam merupakan petua dari tok wan aku,utk basmi kulat katanya.menyemai sgt mudah,gembur kan tanah dlm sehasta atau dua hasta,mcm buat batas,lepas tu tabur benih,lepas tu tutup dgn zing buruk ke,daun kelapa sawit ke,selepas tu siram je hari2..
2) TANAM
Ada dua cara utk tanam lada yg anak benih nya dah besar,pertama semai dlm polibag kecik setelah anak lada berumur dua minggu,selepas tu tunggu hingga dua minggu lagi utk tanam atas batas yg disediakan lebih awal,cara ni agak rumit kpd aku,jadi aku biarkan anak lada ditempat semaian berumur sebulan atau lebih,baru aku tanam dgn cara cabut sepokok2.tanam je atas batas tanpa isi dalam polybag (payah polybag ni boh).
Dua bulan lebih
3)PENJAGAAN
Penjagaan merangkumi beberapa perkara,membaja,racun dan membersih.
A)Membaja.
Baja taik ayam
Baja kimia,baja anak MPK 15-15-15
Baja buah MPK 10-10-25
Membaja dimulai semasa tutup batas dgn plastik penutup batas..Baja taik ayam ditabur sepanjang batas dan baja anak/ campuran 15-15-15 ditabur jgk sepanjang batas.Setelah anak lada ditanam sepuloh hari atas batas aku isi sedikit baja NPK 10-10-25,setelah itu aku bubuh baja berselang sepuluh hari sehingga lada berbunga,setelah berbunga aku tak isi baja dah...tunggu buah masak besar dan masak.
Tali sokongan mesti direntang antara pokok supaya pokok tak patah bila ditiup angin
B) Meracun..tp bukan meracun kalbuπππ
Racun ada dua jenis,apa yg aku tau iaitu racun serangga dan racun kulat,kedua2 racun ni disembur pada pokok lada untuk 3-4 hari sekali,itu pun bergantung kpd kesesuaian,klu hari hujan disembur lebih kerap,klu kemarau mungkin dlm seminggu sekali tp aku tak guna semua racun tu,aku hanya guna wood vinegar sejak dari tapak semai sehingga berbuah.wood vinegar boleh didapati dikedai2 jual alatan tanaman.Kekerapan penyemburan juga bergantung kpd kesesuaian,klu hujan kerap,klu tak hujan jarang2.jarang pun dlm seminggu sekali,sukatan boleh tanya penjual nya..
Buah muda
C) MENYIRAM.
Menyiram kerja yg bukan senang kalau tak ada air,tetapi menyiram secara traditional sudah tak digunakan,penyiraman sekarang mengunakan tangki air dan saluran getah utk kesetiap pokok lada,penyiraman juga dilakukan secara automatik dgn mengunakan timer yg dibeli dikedai,cara pemasangan ada je kat buku panduan...Aku menyiram mengunakan tin susu yg dilubang bahagian bawah nya,lepas air diangkut dgn baldi dan disiram dari sepokok ke sepokok.Kekerapan menyiram bergantung kpd hari hujan atau tak,tp aku siram pokok lada dgn ala kadar je.Kalau aku nak siram,aku siram,kalau malas,aku tak siram..
Kalau air tak ada,gali telaga,klu malas nk gali angkut air dari rumah,klu malas jgk,jangan siram,biar dia mampus kering.tp klu benar2 malas,jangan tanam apa2.π€£π€£π
Buah yg dah masak
D) PANGKAS.
Kerja memangkas ni paling senang,buang semua daun sehingga cabang yg pertama,cabang pertama mesti ada tiga dahan,sampai kat situ lh daun nya dibuang dgn mengunakan pisau mesin,pisau kecik yg berharga 50 sen.Semua daun yg dipangkas mesti dikumpul dan dibakar api atau tanam.Semua daun dan dahan yg patah hendaklah dijaga dan ditanam sehingga habis musim,pendek kata kebun kita bersih sepanjang masa.
Ni gambar lada aku,bukan ambik dalam google
MEMBERSIH
Bersih kebun mmg tak payah lansung,bila rumput panjang je,kerat dgn mesin rumput galas atau lerah je dgn cangkul,klu payah sgt cabut je dgn tangan..Kalau malas jgk biar je kebun kita tu semak buta.πππ
Penjagaan juga termasuk buat penyokong pokok lada,bila pokok tu dah besar. Penyokong pokok jgk dipanggil panggar atau hanger.Penyokong dibuat dari kayu atau buluh.Untuk mengukuhkan lagi pokok lada,tali rafia digunakan supaya pokok lada sentiasa stabil..
Kesimpulan..
Buat batas secara manual iaitu mengunakan tangan,Tanam hanya dicabut anak lada dari tapak semaian dan terus ditanam atas batas, Tak guna racun serangga dan tak guna racun kulat,hanya wood vinegar atau cuka kayu yg digunakan.Menyiram jgk secara manual iaitu guna tin susu yg ditebuk dgn paku dan disiram dari sepokok kesepokok.Lada yg menjadi boleh di punggut setelah 120 hari ditanam bermula dari tapak semaian...
Tanam lada memerlukan modal yg besar kalau nak buat cara komesial.Kos tanam tanam lada yg paling asas.
1) Tengala tanah..perlukan RM..
2) Plastik penutup batas.perlukan RM
3) Baja kimia dan baja taik ayam RM jgk
4) Racun.. Yg ni lagi2 lah RM...aku guna wood vinegar pun RM jgk tp aku dapat sponsor dari tauke wood vinegar,dia suruh test product nya. Buy muslim first skrg ni hahaha..
PENAMAT...
Sebenarnya penanaman lada aku diperingkat pertama ini tak menjadi disebabkan kekurangan air.Sepanjang penanaman,hujan tak turun selama 37 hari berselang seli,Yg pertama tujuh hari,yg kedua 18 hari,yg ketiga 12 hari,semasa tak hujan ini lah lada aku sedang berbunga,akibat dari kurang nya air menyebabkan bunga nya kurang dan ada yg tak lekat...Siram pun hanya ala kadar supaya pokok nya tak mampus.Sebab tak larat angkut air.Hasil nya seperti dalam gambar...tu jer,sikit sgt,Aku mula pungut hasil pada 31-8-2019,baru lima hari,sekali pungut baru dapat lima kilo untuk tiga kali pungut,harganya RM15 untuk sekilo.kejayaan nya aku isi hanya 25% sahaja...Aku betul2 nak push pada peringkat kedua ni.Biar kejayaan nya dapat 80%...SEKIAN