Ahad, 12 Oktober 2014

pantai air tawar

Pantai air tawar terletak lebih kurang 2 km dari pekan kuala besut.Pantai air tawar dihubung dengan jalan yang baik.Pantai air tawar sangat sesuai untuk berehat kapada penduduk setempat.Kemudahan yang ada dipantai air tawar seperti kemudahan ditempat perkelahan lain,Tempat ini boleh dikatakan dalam keadaan baik pulih dan banyak kemudahan yang sedang dibina.Mempunyai pantai yang luas serta kolam nya yang menghiasi persekitaran nya.SEKIAN..










Selasa, 23 September 2014

bukit keluang


Pada 15hb.sept 2014 yang baru lalu,aku telah sekali lagi ke tempat peranginan bukit keluang,aku kesini sebagai ulangan kapada kedatangan aku yang pertama dulu,Aku telah datang ketempat perkelahan ini pada 4hb.ogos 2014 yang baru lalu. azramsulong.blogspot.com/2014/08/bukit-keluang.html Ketika itu aku hanya datang berseorangan tapi pada kali aku datang bertiga dengan anak buah aku...Pendakian aku pada masa itu tak sampai kerumah rehat yang disediakan di puncak,jadi kedatangan aku pada kali ini  untuk kerumah rehat yang disediakan
 Wakaf disediakan dipertengahan pendakian disebelah sungai keluang

Untuk mendaki ke puncak bukit ada beberapa jalan yang disediakan tapi hanya ada 2 laluan sahaja yang popular,laluan yang pertama ialah dengan menaiki tangga yang disediakan dan laluan yang ke-2 ialah disebelah muara sungai keluang.Untuk memudahkan pendakian aku memilih laluan yang bertangga seperti kedatangan aku yang pertama dahulu dan seterusnya kerumah rehat dan menuruni bukit disebelah sungai keluang...
 Laluan yang disediakan dan ditanda supaya memudahkan pengunjung untuk mendaki

Pendakian bermula pada pukul 12.00 tengah hari setelah sampai dari kampung aku dikuala berang,Memandu dari kuala berang mengambil masa selama 2 jam untuk ke bukit keluang.Bertolak pada pukul 8.00 pagi dikuala berang dan singgah dibanyak tempat seperti di jertih,kuala besut dan kampung raja dan sampai kebukit keluang pada pukul 11.30 pagi

Pendakian disebelah tangga hingga kepuncak mengambil masa 30 minit.Pendakian aku hanya lah untuk menyambung pendakian aku mula2 datang dulu,Laluan dari puncak untuk kerumah rehat mengambil masa lebih kurang 20-30 minit,pada agakkan aku jauh nya lebih kurang 800 meter
 pemegang besi disediakan untuk keselamatan

Berjalan diatas denai/laluan yang disediakan sangat menyenangkan.Tak ada kegusaran tapi agak takut sedikit kerana berjalan ditepi jurang,Perlu berhati2 supaya tidak terjadi kejadian yang tak diingini,..
 Diluar pagar besi boleh saja ber selfie maut

Pada pukul 1 tengah hari aku dan anak buah aku telah pun sampai kerumah rehat yang disediakan sejak lama dahulu,Dikatakan rumah rehat ini telah dibaiki beberapa kali kerana selalu terjadi kerosakan akibat dari angin laut yang bertiup kuat.Permandangan dari sudut ini sangat indah,boleh dikatakan seperti berada di negera lain...
Klu berani boleh terjun banjee

Berehat selama setengah jam serta mengambil gambar dan makan bekalan yang dibawa aku menuruni bukit disebelah laluan  sungai keluang pada pukul 1.30,Sampai kebawah hanya 20 minit menruni bukit secara santai dan main2 dan bertolak balik ke kuala berang setelah semua nya selesai,Sekian
Sepupu aku yang tinggal dikuala besut pernah bercerita kapada aku, dipuncak bukit ni pernah ditemui bermacam barang lama,Duit lama,keris lama dan mungkin juga hantu lama serta mungkin akan berjumpa dengan orang2 lama,kekeke

Rumah rehat agak besar dan sangat selamat untuk tidur malam kalau ingin merasa kedinginan malam dipuncak bukit keluang.
 
Masih kukuh,tapi atap nya dah tercabut.Kalau ada orang berniaga kat atas bukit ni alangkah indah nya dan kalau kerajaan dapat menyediakan kereta kabel terus kepuncak, aku pasti ramai yang akan berkunjung keatas bukit keluang,huhuhu..


Isnin, 21 April 2014

air terjun menderu

Air terjun menderu terletak dikemasek,kemaman,Terletak 13km dari bandar kemasek..Dari simpang 4 bandar kemasek,perlu mengambil jalan ke sri bandi,setelah 4 km dan ambil jalan kekanan ke kampung baru cabang sejauh 6 km,dari kg baru cabang perlu mengambil jalan sempit sejauh 3km.Jalan yang sempit tetapi berturap sangat baik...
Kemudahan yang disediakan seperti hutan lipur yang lain yang banyak terdapat di negeri terengganu,Kemudahan surau dan tandas menjadi kemestian ditempat berlipur,Mempunyai air yang agak cetek tetapi sangat sesuai untuk mandi manda bagi kanak2.
Jalan ke-air terjun menderu

Hutan lipur air menderu masih dalam pembinaan,Banyak tempat masih terbengkalai,pintu gerbang,tempat parking dan bangunan masih dalam pembinaan,Tempat ini agak tidak di-urus dengan baik,Hanya ada satu gerai yang dibuka oleh penduduk tempatan.Pengunjung boleh dikatakan agak ramai yang datang,Hari Jumaat merupakan hari yang ramai menerima pengunjung kerana hari jumaat merupakan hari cuti di terengganu..sekian
(Aku kesini kerana ternampak papan tanda air terjun menderu,dan dgn nama itu dah menarik minat aku untuk melihat tempat nya,Kali pertama Aku dengar nama air terjun menderu dan kali pertama aku kunjungi)











Pantai Kemasek

Pantai Kemasek terletak 2 km dari bandar kemasek,Tempat rereaksi yang menarik untuk berehat diwaktu petang,Pantai kemasek boleh dikatakan agak menarik kerana mempunyai kemudahan asas yang disediakan untuk kemudahan pengunjung dan menjanjikan persekitaran yang menarik.Walau bagaimana pun tempat ini boleh dikatakan tempat rereaksi yg bersifat domestik kerana kemudahan yang ada hanya terlalu asas....
Untuk kesini sangat mudah kerana pantai Kemasek terletak ditepi jalan utama dari kuala terengganu kekuantan  dan kuala Lumpur,Mempunyai parking yang luas dan mempunyai kedai makan yang agak selesa,Sangat sesuai kapada pemandu yang membuat perjalanan jauh untuk berhenti sebentar sambil menikmati permandangan yang indah..Sekian...

Gambar-gambar>>>>>>