Jumaat, 10 Jun 2011

CHENGAL BESAR..

assalamualaikum,
cengal besar merupakan nama besar dalam kegiatan untuk berekreasi sebab nama pokok cengal tu sendiri dan besarnya pokok cengal tersebut.

cengal besar terletak berdekatan dengan kampung jongok batu dan berhampiran dengan air terjun cemerung,Air terjun yang dikatakan sebagai yang tertinggi di Asia.

pokok ini dikatakan telah berusia 1300 tahun,Kalau nak dikira dengan usia tersebut pokok cencal yang ini telah tumbuh pada tahun 711 masihi,yakni 80 tahun selepas kewafatan nabi muhamad SAW,Pada masa tarikh tersebut, munkin yang memerintah adalah khalifah harun Al Rashid iaitu khalaifah yang sangat mashyur denga cerita seribu satu malam.

pada tahun 711 masihi kerajaan melayu melaka memang tak ujud lagi,Hang tuah dan kawan2nya memang tak beraksi lagi,jauh sekali dengan sultan mahmud yang mangkat dijulang,Tun perak jauh sekali telah menjadi bendahara melaka.Batu bersurat yang dijumpai dikampung buluh kuala berang memang orang tak tulis pun lagi,Datuk nenek parameswara memang tak ada lagi,Pulau temasik mungkin tak didiami lagi pada masa tu,kalau ada pun mungkin lanun2 yang tak pandai bercakap,kalau pandai bercakap mungkin mengunakan bahasa india kerana dimasa itu tok nenek kita masih menganut ugama budha.Tapi mungkin jugak lanun2 tersebut bercakap seperti orang2 asli yang ada dimalaysia sekarang.Pada masa tersebut juga portugis tah mana2 pun lagi,Kapten diibukaki tu memang tak ada lagi,tok nenek dia pun tak ada lagi jauh sekali lah tok nenek kapten diibukaki nak mengorat.kekekekeke.Semasa columbus mengelilingi dunia pokok cengal ni dah pun besar,Kalau lah kawasan tu di tender seperti masa sekarang, pokok cengal tu mungkin dah tak ada,telah dibuat rumah,hahahahahahaha..


sudah lama aku teringin nak mengunjungi nya,tapi tak ada masa dan kesempatan,tiba2 disatu pagi aku menerima panggilan dari seorang kawan yang mengajak aku kesana.di kesempatan itu aku gu
na dengan sepenuh2nya,kami mengunakan pancuan 4 roda dgn angota seramai 12 org dengan mengunakan empat buah kederaan...kami pergi selama dua hari satu malam.dihari kedua nya aku berjaya melihat sendiri pokok yang dikatakan sangat besar itu..tapi bagi aku pergi dgn mengunakan kederaan 4x4 ni tak membawa kepuasan kpd aku dan aku bercita2 untuk datang mengunakan motor scramler,dan hari yang aku cita2kan tu tiba juga...........
                                                                                                                                                                                                                                                           

pada 3hbjun 2011 aku dan kawan2 sekampung bertolak kecengal besar dengan menungggang motor yang diubah untuk kesesuaian tempat,rupa bumi yang memang mencabar memerlukan pesiapan kederaan yang baik.Kami bertolak pada pukul 3ptg melalui jalan hutan yang pada perkiraan kami dalam sekitar 50km,
Maka bermulalah pengembaraan kami yang pada hemat kami amat mencabar.Permulaan perjalanan kami dari kg felda mengkawang,dari situ keadaan memang lah sangat teruk tapi itu lah yang sangat kami kehendaki..
Setelah 2jam kami tiba disungai loh dungun,berdekatan kawasan itu adalah air terjun cemerong yang dikatakan yang paling tinggi di asia...Dari situ lah pegembaraan yang sebenar2nya bermula sebab dikala itu lah hujan mula turun yang memerlukan perahan tenaga yang maksimun dan dikala itu lah juga ada motor yang meragam dan tidakdapat digunakan langsung,setelah ditolak dan ditarik motor yang rosak kami tiba di sungai loh dihulu nya tepat pada pukul 7petang dan kami bermalam disitu untuk kecengal  besar pada keesukan hari nya........................................................
                                                                                                                                                                                                                                 


papan tanda cengal besar,berhenti berehat sampai pereksa apa yang rosak.Dari sini untuk kedistinasi dgn jalan yang berbukit dan licin adalah sejauh 18km...



memang teruk,lekuk yang besar,motor dibawa satu pesatu....




memerlukan kecekapan yang tinggi....kerjasama adalah tersangat penting.....


saja je budak2 ni....



 kawasan ni adalah antara felda mengkawang dan sungai kelemin hulu dungun....




berat kan tu,hehehe.....atas sebab-sebab yang sebegini lah memberi kepuasan kepada yang suka bermotor..




disini adalah didalam kawasan cengal besar,anak sungai ni terpaksa dilalui setelah berlaku kerosakan jambatan,Pihak berkuasa sepatutnya membuat jambatan lain kerana cengal besar menjadi tempat tarikan pelancung.




Motor ni lah yg rosak dan terpaksa ditarik mengunakan akar,hehehe.....



Memang cara2 ni tersangat kekampungan.....



Ikan2 yang kami dapat untuk makan malam....




masak nasi ni,hehehe....satu perkara kpd mereka-mereka yang tak biasa dgn hutan,bahawa didalam hutan sangat payah untuk memasak kerana ketiadaan kayu api,Biasanya pengunjung membawa peralatan yang lengkap untuk memasak,seperti dapur gas dan peralatan yang seperlu dengan nya..Mereka-mereka yang biasa dengan hutan tidak lah menjadi masalah besar untuk memasak kerana ada sejenis kayu yang akan menyala walaupun baru ditebang,Bahan bakar yang paling mudah adalah buluh,biasa nya mudah didapati dimana saja......


mencuba nasib,tapi memang dapat pun.....sungai loh sangat terkenal dgn ikan kelahnya,tempat ini jadi kawasan yang sangat baik kepada kaki pancing,Tapi sekarang ikan tersebut telah hampir pupus,Walau mcm mana pun kami dapat jugak ikan tersebut pada kadar besar lengan.Umpan yang diguna adalah kelapa sawit atau ubi kayu mentah atau dibakar,Untuk memancing malam biasa nya digunakan hirisan ikan yang dibawa dari rumah..



Bakar je,terus makan,memang terasa sedap kalau dibakar tempat memancing.....



sungai loh yang cukup indah....rangkaian sungai ini terlalu banyak dibahagian hulu,menjadikan bahagian hilir nya besar,sungai ini berkuala kan sungai dungun dan munkin jugak sungai ini sama besar dengan sungai dungun sendiri.Apabila aku sampai ketempat yang sebegini,aku sering tertanya-tanya adakah bentuk sungai dan segala perhiasannya seperti yang dilihat  hari ini adakah sama dengan zaman-zaman yang lalu,seperti zaman Hang Tuah sebagai contoh,Adakah 10,000 thn dahulu sama seperti hari ini.....



air yang sungguh jernih dan bolih diminum begitu je.Sejuk air sungai ini seperti sampai ketulang hitam.Biasa nya ramai pengunjung yang tertipu dengan kejernihan nya,disangka cetek tapi sebenar nya dalam,kalau kita menyangka setakat lutut,sebenarnya kedalaman nya sampai 10kaki....
Malam yang sepi....kami tidur hanya beralaskan tikar buruk dan berbumbungkan langit,khemah yang dibawa dibiar begitu sahaja untuk merasa kedinginan malam yang tersangat dingin.Dikawasan sebegini suhunya sangat sejuk dan bolih mencapai 19darjah celcius.Dikhatulistiwa suhu begini bolih dikatakan sejuk....

Pada keesukan hari nya maka bermulalah cabaran yang lebih getir lagi,kami terpaksa memikul motor untuk keseberang bagi mencapai cengal besar.berjalan kaki mengambil masa selama 2jam kepuncak bukit dimana tersergam nya pokok tersebut...
Teruk jugak la...keadaan yang semacam ini lah yang memberi sebenar2 kepuasan kepada yang ingin kepada cabaran bermotor yang sebenar....

Bukan kah ini lebih teruk,hahaha....motor terpaksa dipikul satu pesatu keseberang sungai dan ini memerlukan tenaga yang bukan sedikit.....

Ini dah jalan balik...


Sekadar untuk dilihat kejerihan....


Bersantai,cuba2 dan bermain....



hehehehehe...


Motor yang rosak terpaksa diikat untuk dibawa pulang,motor naik motor,hehehe...


Setelah bermotor dari sungai keatas, disini lah hentian terakhir yang dapat dilalui oleh kederaan...Dari sini kita terpaksa berjalan sekitar 750meter melalui denai yang sememang nya ada, terjadi secara semulajadi akibat dari ramai nya pengunjung....


Dan ini lah cengal besar yang menjadi sebutan dan diagung2kan tu,tak lah besar sangat kan...
Kami tak terpukau pun,ada yang kata,"hissss tak lah besar sangat" .Aku sendiri pernah menjumpai pokok yang jauh lebih besar dari pokok ini,, tapi pokok itu bukan lah cengal tetapi pokok tualang.Pokok tualang menjadi tempat lebah bersarang,tinggi nya melebihi dari pokok-pokok yang ada didalam hutan..











bermacam-macam aksi yang ditunjukan dengan perbuatan untuk meleraikan keletihan.....



Dengan bermacan-macam aksi...



Gambar sebenar pokok ini tanpa pengunjung,dibanir pokok ni ada macam-macam gambaran yang pelik-pelik dan aneh,seperti tengkorak dan bermacam wajah-wajah  yang menakutkan,tapi itu hanya lah kejadian biasa yang kita sendiri mengambarkan nya......

Seolah-olah tengkorak....
























tingginya sekitar 100kaki atau lebih dan dikatakan berusia 1300 tahun,sebenarnya pokok ini bergelongung besar(ada lubang la)besar lubang tersebut mungkin sebesar tong drum atau pun lebih....Pokok ini dikatakan bernilai rm1juta,dan ada yang kata rm3.3juta,ada jugak yang kata rm300,000,tp bagi aku yang tak berduit ni rm 10.000 pun tak mampu nak beli,hehehehe.....


Banir pokok yang sudah mula reput...mungkin memerlukan baja urea 6bag setahun,hahahaha......


Tersangat jelas kelihatan bahawa pokok ini sudah pun menghampir masa-masa akhir nya....


Banir yang terkebawah sekali yang tak mampu menanggung batang pokok yang besar...


Daun pokok ni tersangat sedikit,mungkin tak mampu memberi makan batang nya yang besar.(fotosintesis la)


Ada bendera PAS plk,hehe...


alur ini sekitar pokok tersebut,lawa pemandangan ni....Maka berakhir lah perjalanan kami dalam meninjau pokok cengal besar yang dikatakan sangat besar itu.Selepas ini nak kemana pulak???.Kalau lah aku ni orang kaya dapat lah pergi tenguk pokok besar yang dikatakan sangat besar yang hidup lebih 3000 tahun tu,Pokok itu tumbuh dihutan california USA,hehehe.. Hulamak kalau lah sampai 3000 tahun bermakna tumbuh nya pokok tersebut melampaui zaman firuan lagi dan ianya lebih tua dari zaman nabi SAW lagi.agak-agak nya ada tak pokok didunia ni yang tumbuh bersamaan nabi ALLAH adam,kadang-kadang aku rasakan tarikh tersebut sangat mengarut,saja je pakar-pakar ni nak tunjuk eksen dia orang.Ada ke menesabah rangka-rangka yang dijumpai telah diberi tarikh yang begitu melampau sehingga yang ada melebihi ratusan ribu tahun.Walau macam mana pun itu rasa aku saja,keharusan nya adalah mungkin,Aku pernah terbaca sebuah buku yang ditulis oleh mohd isa dawud yang mengatakan ALLAH telah mengelapkan sejarah dunia sebanyak tiga kali,antara celah-celah yang digelapkan tu tak tahu selama mana renggang nya masa tersebut.............................................................................
                                                                                                                                                                                                                                       
setelah kami berpenat lelah selama satu hari kami pun berpatah balik lebih kurang pukul 10.30 pagi ke kem kami dibawah bukit ditepi sungai loh yang permai itu,Setelah siap mengikat semua barang-barang kami,kami balik kekampung pada pukul 2ptg.Kami tiba dikampung pada pukul 6ptg dengan perjalanan yang amat memenatkan,Padan dengan muka,hehehehe.................................................................
                                                                                                                                                                                                                                      










4 ulasan:

  1. Balasan
    1. pegi lah....dgn moto cub pun bleh,klu dgn pacuan 4 roda mmg steady je,tp mesti yg jenis hard core...

      Padam
  2. Tahniah Azram Sulong and the gangs. Hebat tulisan anda. Betullah kalau kita minat sejarah umur kita umpama 1000 tahun. Tertarik masa pohon Cengal ini membesar kerajaan Terengganu pun masih belum ada. Imaginasi keadaan sungai di sekitar tu mcm rupa leni ke. Yang jelas ikan kelah memang banyak. Sebab pada tahun 1980an dulu pernah orang nampak bermerah dalam sungai berkawan-kawan ikan kelah sedang mudik

    BalasPadam
  3. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    BalasPadam