Rabu, 25 Julai 2012

agro resort

Agro resort ni terletak daerah setiu terengganu,terletak lebih kurang 88km dari bandar kuala terengganu dan 13 km dari bandar permaisuri,Nak kesini langsung tak payah sebab resort ni dihubungkan dengan jalan raya yang baik..Dalam misi aku jalan2 kat negeri aku yang maha indah ni maka tersinggah lah aku di-agro ni,

Masa aku sampai kat sini tak ada seorang pun pelawat yang aku jumpa,lenggamg yang selengang2nya. Jauh sekali nak diadakan sambutan kat kita yang datang ni.hehehehehehe..Hairan jugak aku sebab apa tak ada pengunjung yang datang sedangkan pada hari aku mengunjungi agro resort pada hari jumaat iaitu hari kelepasan am untuk negeri terengganu..


Setelah aku bertanya kat pekerja yang ada disitu baru lah aku ketahui bahawa resort ni hanya lah tempat diadakan majlis2 tertentu sahaja seperti mesyuarat,bengkel,kursus oleh jabatan kerajaan dan swasta,Walau pun begitu resort ini menerima juga pengunjung biasa seperti aku dan kebetulan masa aku sampai memang tak ada penyewa atau pelawat yang datang menyewa ditempat ni...Aku tak nak lah cerita lebih2 tentang resort ni sebab aku kurang tau sangat tentang resort ni..Walau mcm mana pun adalah jugak kegiatan seperti berkayak dan beberapa kegiatan lasak yang lain.(budak2 tak cukup umur memang layak berkayak kat sini,klu dah berumur tu jangan lah cuba2,buat malu je,huhuhuhuhu)0leh kerana aku dah sampai keresort ni jadi aku ceritakan lah apa yang aku nampak,

Disekitar nya memang cukup mendamaikan jauh dari hiruk pikup kederaan,Sangat sesuai sangat untuk yang berkeluarga bermalam dan berkelah,Suasana sangat kekampungan.Gambar2 yang aku sempat rakam ada kat bawah,sekian....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan