Jumaat, 22 Julai 2011

KENANGAN

Peta terengganu mati(tasik kenyir) ke laloh kuala krai kelantan
BERSCRAMLER
DARI TERENGGANU MATI KE LALOH
KUALA KRAI KELANTAN

ASSALAMUALAIKUM.....
Cerita ini hanya lah kenangan sahaja,Perjalanan bermotosikal yang aku dan kawan-kawan seramai tujuh orang lakukan pada tahun 2002 di sepuluh tahun yang lalu. Dimasa itu belum lagi ada lebuhraya simpang pulai, perak ke kuala berang terengganu.Tapi kenangan nya masih  segar dalam ingatan.Itulah satu-satu perjalanan yang aku buat yang paling mencabar.


Seminggu sekali aku sering memacing diterengganu mati tempat yang paling banyak ikan kelah ditempat aku,sehingggakan ia dikunjungi oleh ramai pemancing dari luar daerah dan luar dari tempat aku seperti kuala lumpur dan singapura.Aku dan kawan-kawan telah pergi keseluruh tempat dikawasan tersebut sehinggakan tempat yang jarang dikunjungi pun kami redah untuk mencari tempat yang baik.Dari situ lah aku dapat tau ada jalan melalui hutan kekelantan.Dan hasrat untuk merentasinya ada difikiran.


Gambar-gambar yang aku paparkan disini bukan lah gambar yang diambil waktu perjalanan tu,Gambar-gambar ini hanya lah hiasan sahaja ianya seiras-iras dengan perjalanan aku dan kawan-kawan,Pengembaraan aku itu mengambil masa seminngu untuk disudah dengan empat hari tiga malam kesemua nya didalam hutan yang tebal.

Hari yang dicita-cita itu pun tiba jua..



HARI PERTAMA
Dipagi hari itu kami bertolak keterengganu mati seawal pagi untuk memulakan perjalanan dalam merasa pengembaraan yang kami sendiri tak tau kemana arahnya,cuma berdasarkan dari cakap-cakap orang sahaja.Pada hari itu kami cuma bersiap-siap sahaja untuk perjalanan yang sebenarnya keesukan hari.Barang-barang dibahagikan sama rata termasuk lah minyak,bekalan makan dan pakaian,Minyak diisi penuh tangki dan masing-masing membawa sepuluh liter seorang dan diikat pada motor masing-masing.Pada malam itu kami menghabiskan masa dengan memancing dan kemudiannya tidur dengar debaran...

Pukul 9 pagi aku memulakan perjalanan dengan mengingati apa yang digambarkan dari cakap-cakap orang arah jalan yang patut kami lalui.Perjalanan dipermulaan ini tak lah mencabar sangat,sekadar layan-layan sahaja,Tetapi disebelah petang keadaan menjadi bertambah sukar kerana jalan yang dilalui tidak menampakan tempat laluan pun hanya sekadar denaidenai binatang hutan sahaja.Hari yang semakin gelap menambahkan lagi kesukarannya.Tiada tanda-tanda tempat untuk berhenti dan berehat,Puncak yang semakin meninggi,hutan yang tebal dan tiada anak sungai memang amat menyulitkan(perlu diingat kami tak berhenti untuk solat asar kerana dah dijamak takdim dan solat maghrib di jamak takhir kedalam waktu isyak,itu lah lojik nya ajaran islam)Pada pukul 10 malam baru lah kami berjumpa dengan anak sungai dan kami mengambil keputusan untuk bermalam disitu.Setelah memasak dan makan dengan ala kadar kami tidur beralaskan khemah dan berbumbungkan langgit serta dipagari dengan motor kami sebagai pendinding dari binatang buas.Dan bertemankan kegelapan malam yang amat sangat kami tertidur dengan begitu nyenyak dan berakhir lah perjalanan untuk hari yang pertama.......

nn
laluan yang semacam ini boleh dikatakan sgt mudah..


Laluan yang semacam ini sering ditemui,tersangat licin kalau hujan.

Subuh lagi kami dah pun bangun untuk memulakan perjalanan dihari kedua,Setelah makan pagi (makan pagi hanya lah minum teh o dan makan nasi lauk budu dan ikan tawar yang kami kail dekat kami tidur)dan mengikat semua barang termasuk lah minyak,pakaian dan barang makan kami memulakan perjalanan yang belum menentu.Melalui kesan denai binatang hutan kami redah hutan besar itu dengan berbelah bagi kerana mungkin kami akan tersesat jalan,Setelah ditinjau-tinjau dan agak-agak kami dah memulakan pendakian yang seperti tak ada penghujung.Dari pagi sehingga tengah hari tidak menampakan pendakian akan berakhir,,Perjalanan semakin menyeksa ditambah hujan dah mula turun dengan lebat,Jalan yang teruk serta licin dengan tanah runtuh dimerata tempat.Motor terpaksa ditolak dan dipikul sebuah demi sebuah dilaluan tersebut,Kecerunan disatu-satu tempat 60-70 darjah dan amat lah menyulitkan.Dari pagi sehingga  pukul 12 tengah malam baru lah ada tanda-tanda laluan dah pun mula menurun,Dari pagi sehingga waktu itu kami tak makan apa-apa,keletihan dan kelaparan jangan dikira,Nak memasak memang tak ada tempat dengan hujan yang sebegitu.Dengan keletihan itu lah kami meneruskan juga perjalanan,Yang kami mahukan waktu itu adalah berhenti berehat dan anak sungai.Pada pukul dua pagi baru lah kami temui tempat yang baik untuk tidur.Setelah memasak dan makan dan membuat perkara yang sepatutnya kami tidur berbumbungkan khemah kami serta beralaskan tanah kami nyenyak jugak tidur sehingga pagi.Berakhir lah perjalanan dihari kedua......


Laluan dicari kadang-kadang mengambil masa yang lama.Dan laluan itu seteruk ini,Kadang-kadang hutan yang tebal diredah begitu saja tanpa ada bekas jalan lama walaupun sedikit.


Meredah anak sungai yang seperti ini amat biasa.Diatas banjaran anak sungai yang ditemui kecil-kecil sahaja.Kalau dibahagian bawah sedikit anak sungainya agak besar,Disini terdapat banyak ikan yang sebesar lengan,Biasa ikan-ikan yang ada kat sini tengas,keli dan baung.tempat seperti ini lah kami berhenti untuk bermalam.Ikan disini sangat mudah dipancing kerana ketiadaan pemancing yang datang.10 -20 minit memancing dah cukup untuk dibakar....
Jalan yang licin serta curam dan mengerutu sangat menyeksakan
HARI KETIGA
 
Dihari ketiga ini kami memulakan perjalanan ditanah yang datar, Jalan yang licin tapi tak ada masalah sangat sebab kawasan yang landai semacam itu.Dilaluan ini kami banyak temui kesan-kesan jalan lama dan agak rumit untuk memilih laluan yang betul.Pokok-pokok buluh yang besar sebesar tiang letrik kami jumpai dikawasan ini,Kami merasa lega sebab mungkin tak lama lagi kami akan menjumpai penempatan penduduk.Lagi melegakan kami kerana disitu mempunyai sistem sungai yang baik,kolam yang besar,sebesar dua padang bola,tapi itu hanya sementara sahaja kerana pada pukul tiga petang di dapati kami masih  diatas pergunungan lagi.Mungkin ribuan kaki dari paras laut,Setelah laluan yang kami lalui mula menurun dengan mendadak..Yang paling mengusik perasaan aku semasa sehari suntuk bermotor dikawasan landai tersebut aku dapati kawasan tersebut mempunyai sistem seperti dibawah pergunungan.Rupa-rupanya dikawasan itu merupakan ulu kepada sungai-sungai yang besar dibawah.Terus terang aku sangat takjub dengan semua itu,Apa tidak nya,yang kita rasa kan dibawah pergunungan rupa-rupanya dikemuncak yang luas,mungkin mereka-mereka yang biasa dan pembalak tau tempat yang semacam ini.

Bermula dari penurunan itu lah laluan dah semakin teruk,mempunyai lumpur yang dalam separas pinggang akibat dari tanah runtuh.Tiada jalan yang mudah untuk melepasi kawasan tersebut melainkan membina laluan altenatif mengunakan batang tepus dan kayu,Selamat melepasi kawasan tersebut sudah pun malam.Hujan yang lebat membuatkan kerosakan kapada motor kami dan terpaksa di baiki,Bayangkan hutan yang tebal memang tiada tempat untuk berhenti,motor pula meragam dan ini sesuatu yang amat melemahkan dan memerlukan keazaman yang sangat kuat.Disinilah belum pernah terjadi kami terpaksa membaiki motor diatas himpunan kayu diatas air dianak sungai yang agak besar..Nak melakukan didarat memang tak dapat kerana takutkan binatang buas seperti gajah dan harimau serta binatang melata,Setelah semua nya siap kami memulakan perjalanan pada pukul 10 malam dengan menuruni kawasan itu sepanjang malam,Pada pukul 5 pagi ksmi berhenti untuk berehat setelah menuruni pergunungan sepanjang malam dihari ketiga yang dah pun hari yang keempat.Sejak kelmarin kami penunggang dan mengheret motor lebih dari 20 jam tanpa henti,Dan tak pernah terjadi dalam sejarah aku sembahyang jamak magrib dan isyak pada pukul 5 pagi dan tak sampai setengah jam dah pun masuk waktu subuh,sebenarnya pada hari itu kami tak tidur pun,hanya duduk-duduk di unggun api, memanaskan badan,memereksa kudis dan luka,sebenarnya kami memakai kasut hujan sahaja,akibatnya kaki dah terkena jangkitan yang teruk,merah dan berdarah....

 Pokok buluh yang kami jumpa jauh lebih besar dari pokok buluh yang ni,memang sebesar tiang letrik,aku tak pernah tenguk buluh yang sebesar itu......