Isnin, 11 Februari 2019

lata payung..setiu

Lata payung terletak dlm daerah setiu terengganu,Mempunyai air nya yg sangat jernih dan dikatakan salah satu yg terjernih dimalaysia..Terletak dilaluan pekan langkap-pelung dan kg basung hulu terengganu.lata payung terletak dikampung payung setiu,Kampung payung terletak 8 km  dari laluan langkap pelung dan kg basung hulu terengganu.Nama lata payung diambik dari nama kg payung..Lata kg payung dibahagikan kpd dua bahagian iaitu bahagian luar dan bahagian dalam..Bahagian luar hanya ditepi jalan dikampung payung dan bahagian dalam terletak jauh sedikit dari kg payung iaitu didalam hutan simpan setiu,Bahagian luar sesuai utk mandi manda tetapi bahagian dalam lata payung tidak sesuai untuk mandi manda sekeluarga lebih2 lagi anak2 kecik..Bahagian dalam mempunyai tebing yg curam dikedua2 tebing nya,sangat bahaya jika terjadi fenomena kepala air,tempat ini telah banyak terjadi kejadian lemas.Tempat ini tak digalakan utk mandi manda oleh penduduk tempatan dan pihak berkuasa sendiri.Papan tanda larangan utk mandi manda telah dipacak oleh pihak berkuasa..Mungkin dgn sebab2 bahaya lah lata payung dibahagian dalam nya mmg dah dijaga seperti yg sepatutnya,Banyak wakaf yg rosak teruk dan tidak dibaiki,Laluan bertangga simen nya tidak diurus lansung,Semak samun dimerata2 tempat.Jambatan gantung yg dibina dibiarkan buruk,Bangunan yg dibina kelihatan sangat menyeramkan,mungkin ada hantu tinggal kat situ.heeeee.

Sungai Lata payung bernama sungai sarut,Sungai sarut berulukan gunung sarut,Gunung sarut mempunyai ketinggian 1229 meter dari paras laut.Gunung sarut sentiasa didaki oleh pendaki tempatan dan pendaki luar.

Kesimpulan nya lata payung hendak lah dikunjungi dimasa2 yg tertentu sahaja,Tidak patut sama sekali mandi dikawasan yg membahaya,Penduduk tempatan sendiri kurang senang dgn kpd pengunjung yg degil dan tak dengar nasuhat,Dinasihatkan supaya mandi dibahaian luar sahaja,Jangan sesekali mandi dikawasan dalam yg bahaya.Kemudahan yg ada hanya lah tandas,surau dan wakaf2.Gerai jualan telah di usahakan oleh penduduk tempatan dan hanya ada dibahagian luar sahaja,Dibahagan dalam mungkin ada gerai sementara dan dihari2 yg tertentu sahaja..

Harapan..
Lata payung boleh dibina semula supaya tak membahaya kpd pengunjung seperti membina kolam yg besar yg tak terbabit dgn fenomena kepala air.Pembinaan kolam2 yg dimaksudkan memerlukan kos yg sangat tinggi,Pembinaan didalam aliran sungai sendiri mmg tak memberi apa2 kesan sbb aliran sungai berjeramnya sangat bercerun,Sebarang binaan didalam aliran tak memberi apa2 makna jika terjadi fenomena kepala air.Harap pihak berkuasa memikirkan sesuatu utk keselamatan pengunjung..sekian

Dari kuala terengganu ke lata payung 63km
Dari Kuala berang ke lata payung 60km


GAMBAR2 BAHAGIAN LUAR..







GAMBAR2 BAHAGIAN DALAM