Ahad, 20 Januari 2013

bumbung raja

Hutan lipur bumbung raja terletak didaerah dungun terengganu,Jarak antara bandar kuala terengganu ialah 130km dan dari bandar dungun lebih kurang 90km..Untuk kesini memang mudah kerana hutan lipur bumbung raja dihubungi dengan jalan raya yang baik sama ada dari arah mana sekali pun, sama ada dari kuala lumpur,dari bandar raya kuala terengganu atau pun dari arah bandar dungun sendiri..

Difahamkan kawasan ini telah  menjadi tempat persinggahan raja2 dimasa yang lalu.Dikatakan rombongan raja telah turun memburu dan menangkap ikan,kerana terlalu kerap rombongan di raja ketempat ini lalu dinamakan sebagai bumbung raja.,Itu serba sedikit kisah terbitnya nama bumbung raja...
Hutan lipur bumbung raja sangat sesuai untuk mandi manda,Air nya cetek dan jernih,luas dan tak membahaya..

Walau macam mana sekali pun kawasan perkelahan ini seperti langsung tak terjaga,Tiada pegawai atau renjer yang ada dikawasan itu,kawasan ini sangat sunyi dan menakutkan kalau kita datang hanya berdua atau bertiga orang sahaja.Untuk keselamatan diharapkan datang beramai2 kerana bila kita hendak kehutan lipur kita terpaksa melalui dalam kampung terlebih dahulu dan jalan yang dilalui penuh dengan semak samun dan sempit,Kalau dah ramai2 memang tak jadi masalah langsung..
Kawasan perkelahan bumbung raja mempunyai kemudahan asas seperti surau tandas,tempat permainan kanak2,dewan serta wakaf2 untuk pengunjung yang datang....
Aku harap orang luar dari terengganu datang dan nikmati lah suasana kawasan perkelahan ini yang jauh tersorok dipendalaman..Pasti akan dapat satu kenangan yang indah,lebih2 lagi kapada mereka2 yang tinggal di bandar....sekian