Sabtu, 31 Disember 2011

pantai teluk bidara

Aku tak tau ada sebuah taman rekreasi yang bernama pantai teluk bidara,Aku menyusuri bandar dungun dan ada papan tanda yang tertulis pantai tersebut dan arah yang nak di tuju.Oleh kerana aku tak pernah dengar nama tempat rekreasi ni jadi aku mengambil keputusan untuk pergi sendiri kepantai yang gah pada papan tanda.Taman rekreasi ini  terletak dikampung seberang pintasan iaitu diseberang bandar dungun.Jauh nya dari bandaraya kuala terengganu ialah 76km...

Untuk pergi kepantai teluk bidara kita terpaksa melalui jambatan yang tinggi ini jika kita ada dibandar dungun,Aku tak pasti pulak bila jambatan ini dibina,Tapi aku kagum jugak dengan pembinaan nya kerana ia terletak dimuara sungai dungun yang lebar itu.Walau macam mana sekali pun jambatan ini tak lah hebat mana kalau nak dibandingkan dgn jambatan yang hebat2 didunia seperti jambatan Golden gate di Amerika syarikat atau pun jambatan kintai dijepun,setidak2nya ada lah juga jambatan yang bolih kita tenguk dan kagumi....
Masa aku sampai aku dapati tempat ini sangat bersih dan dijaga rapi olih perkerja kat situ.Rasa nya tak ada sungutan langsung tentang kebersihan pantai ini.bolih dikatakan kebersihan nya bertaraf dunia.Sepanjang lebih 1km aku lalui taman rekreasi ni aku rasakan ianya ditantang dengan rapi.Yang menjadi kurang keselesaan sedikit ialah jalan yang menghubungi kepantai ini kurang selesa dan sempit tapi bila menjejaki sahaja tempat rekreasi pulanganya berbaloi....
Pantai yang lebar,bersih dan dilengkapi dengan semua kemudahan asas seperti tandas dan wakaf untuk berehat.Pokok hiasan ditanam dan dijaga dengan rapi....
Kemudahan yang disediakan.
Pemandangan yang menarik..
Bolih dikatakan pantai teluk bidara memlengkapi sebagai tempat untuk berehat dan beriadah tapi langsung tidak sesuai untuk mandi manda kerana perairannya dipenuhi dengan batu2 yang membahaya.Kapada pengunjung dari luar tidak jadi masalah untuk untuk berkunjung kesini kerana dikampung seberang pitasan ada disediakan rumah2 tumpangan untuk disewa.Rasa nya tidak menjadi satu kerugian  kalau berkunjung kesini kerana pantai teluk bidara menjanjikan keselesaan dan kebersihannya....

Isnin, 26 Disember 2011

sungai ketiar

Sungai ketiar terletak dilebuhraya kuala berang/gua musang.Aku dah biasa ketempat ni,Tp seorang fren facebook telah mengajak aku untuk kesitu,Aku tak ada pilihan dan menerima sahaja ajakan itu.

Sungai ketiar terletak 100km dari kampung aku, 13km dari sempadan terengganu/ kelantan dan 70km dari bandar Gua Musang, Kelantan.Sungai ketiar adalah sebahagian dari tasik kenyir.Sebenarnya nya misi kawan  aku kesungai ketiar adalah untuk kesantuari gajah yang ada  disitu dan untuk pergi memancing ditasik kenyir sambil  menyusuri sungai2 yang ada dikawasan itu yang dikatakan sangat menarik permandangannya.Olih kerana banyak sangat songel fren aku ni. aku terpaksa bermalam untuk satu malam.
Setiba aku disitu aku telah terlihat notis ini,aku dan pengunjung lain tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan santuari.Sebenar nya ramai pengunjung yang datang pada hari itu kerana cuti krismas dan pulang dengan hampa.Aku telah diberitahu olih beberapa pengunjung,notis itu ditampal  kerana ada bantahan dari NGO kerana didapati pekerja2 di santuari telah mendera gajah yang dipelihara,setakat mana kebenaran nya aku pun tak tau.

Kawasan santuari dilengkapi dengan kemudahan asas seperti surau,tandas,wakaf dan tempat permainan kanak2..

Setelah aku tak dapat masuk kekawasan santuari aku cuba pulak memancing dan bercasting ditasik..
Jambatan yang mengkagumkan aku dan aku tidur dibawah nya.
 Menengung,kerana keselesaan tak ada,tapi sesekali mencuba cara ini akan menjadi kenangan.
Pak yar dan isteri, penghuni tetap bawah jambatan sungai ketiar/sungai belimbing,Beliau telah lama menjadi penghuni bawah jambatan ni,berusaha menangkap ikan secara kecil2an.Cara kehidupan yang menyedihkan,Tapi itu mungkin salah satu kegemaran nya dan tidak menyusahkan,Kita yang memandang merasa sedih,bagi yang empunya diri tak merasa apa2 pun....

 Kemudahan asas yang disediakan seperti separuh masak...Wakaf yang aku jumpa ni terletak jauh terpencil ditengah2 tasik,Kalau lah wakaf ini dibaiki dengan baik,wakaf ini bolih digunakan olih pengunjung2 yang datang,sama ada untuk berkhemah atau pun untuk berehat dikawasan yang terpencil ini.


Video ini aku saja2 rakam untuk menikmati waktu pagi disebuah sungai ditasik kenyir,agak purba kawasan ni.
Mamat2 penghidup watak blog aku.
Kesimpulan dari semua yang aku lihat dan dengar telah menjadi satu pertanyaan kapada aku.............
Mengapakah santuari gajah yang selama ini dibuka kapada umum sejak bertahun2 dahulu telah ditutup.Adakah dakwaan NGO itu benar,atau pun masing2 nak tunjuk kuasa yang tak seberapa dan yang jadi mangsa adalah orang ramai juga.

Sebenarnya tak penting sangat dengan santuari gajah kapada umum,tapi setelah santuari ni ada menjadi satu keinginan kapada orang ramai untuk mengunjungi nya, sedangkan santuari ini sangat jauh dari perkampungan dan didalam hutan rimba dan tentu nya memerlukan belanja dan masa.

Selain itu aku dapati dikawasan tasik ada kemudahan yang disediakan,tapi telah ditinggalkan terbiar begitu sahaja,seolah2 projek tersebut hanyalan untuk kepentingan pihak2 tertentu sahaja,

Bagi aku tasik kenyir dan sekitarnya sangat menarik,Banyak tempat2 yang patut dikunjungi dan dibangun kan,Pada pandangan aku tasik kenyir bertaraf antarabangsa,tapi yang aku dapati ianya seolah2 dibangunkan seperti separuh masak,seperti ada yang tak kena.Dan aku fikir tasik kenyir merupakan satu asset besar kapada negeri aku ni.



Jumaat, 9 Disember 2011

Batu kapal.

 Batu kapal terletak dibukit batu kapal kampung Gerdung,kuala brang, hulu terengganu.Jauh dari bandar kuala brang disekitar 35 km dan dari bandar kuala terengganu ialah 70km.Kalau nak kebatu kapal ni memang tak susah langsung,hanya sekadar berlengang kangkung je.Masa untuk kita mencapai batu ni dengan berjalan kaki ialah 2jam,bagi yang dah biasa mungkin mengambil masa dalam 1jam sahaja.
Agaknya begini lah rupa batu kapal sebelum menjadi batu.

Aku dah beberapa kali kebukit ni untuk memburu batu yang dikatakan menyerupai kapal dan pada hari ini 8hb 12 2011 aku sekali lagi pergi untuk melihat dan untuk mempasti betul2 samaada ianya menyerupai kapal atau pun tidak dan kali ini aku pergi hanyalah 2 orang sahaja.Pergi dengan hanya dua orang akan mempercepatkan perjalanan kerana kita tak mempunyai banyak kerenah berbanding dengan pergi beramai2.

Aku mula mendaki pada pukul 3petang,pada anggaran aku perjalanan hanya lah dalam sekitar 1 jam sahaja dan sememang nya aku mengambil masa untuk mencapai batu tersebut hanyalah 1jam 15 minit sahaja.setelah mengambil gambar aku bertolak balik pada pukul 5 petang dan sampai kejalan raya setelah 45minit berjalan menuruni bukit pada pukul 5.45 petang.
Sebelum aku kebukit batu kapal aku telah diberi amaran olih penduduk kampung supaya tak membuat sesuatu yang bukan2 dan jangan bercakap besar kerana kawasan itu keras dan ada penunggu dengan lebih mudah maksudnya kawasan tu ada hantu, Perh....Mak Datuk kau...,punya lah primitif orang tu berfikir seolah2 hidup dikurun ke 5 masihi, dimasa datuk nenek kita menyembah batang kayu dan batu..

Untuk menghormati orang tua tu, aku diam je,tak kata apa2.walau pun dalam hati aku tak suka andaian yang macam itu,kerana pada pendapat aku hal2 penunggu dan hantu ini hanya lah berkait rapat dengan jin dan iblis,Kalau itu yang dimaksudkan,aku rasa tak perlu takut2 sangat bab yang macam ni kerana iblis dan jin ada dimana2 sahaja samaada dalam rumah kita dan yang amat mengerikan didalam badan kita sendiri.

Dengan berbekalkan semangat aku tu, aku melangkah kedalam hutan hujan tropika yang mungkin berusia jutaan tahun atau pun bertrilion2 tahun,hehehehe.....Memang semasa aku melangkah masuk kedalam hutan tu aku rasa meremang bulu tenguk aku maklum lah aku memang bercakap besar kapada diri aku sendiri perihal amaran ada nya hantu dan penunggu dikawasan tersebut ditambah pula aku pergi hanya lah dua orang sahaja..

Pada cerita2 yang aku dengar dari penduduk kampung berdekatan semasa aku minum dikedai.mereka bercerita pada dua bulan lepas ada beberapa orang berbangsa cina telah pergi kebatu tersebut dan mengambil gambar,tapi dikatakan gambar2 yang diambil tak menjadi,semuanya menjadi putih. Gambar yang tak menjadi hanya lah pada batu2 tersebut sahaja gambar yang tak berkaitan dengan batu tersebut semua nya menjadi,Aku abaikan cerita2 tersebut kerana bagi aku perkara itu terjadi kerana kesilapan sendiri,mungkin percahayaan yang tidak sempurna dan kesilapan mengambil gambar menyebabkan hal itu terjadi.Buktinya bila aku yang ambil gambar semuanya menjadi dengan sempurna 100%,heheheheehe,(otak manusia nak yang macam tu,bodoh sangat aku rasa)


Satu lagi kegiatan yang diceritakan olih penduduk tempatan tentang batu kapal ialah perbutan syirik yang dilakukan olih orang2 yang tak dikenali dengan menjadikan batu itu tempat untuk meminta nombor ekor.Mungkin dari sini lah jin2 kat situ dah naik mete (sombong,berlagak) dengan memperlihatkan rupanya yang amat hodoh itu kapada pengunjung yang datang(sesetengah orang sahaja) Kemunculan makhluk itu dengan rupa bermacam2 cara,ada yang bertengek atas batu dan malu2 nak tunjuk kan muka(maklum lah muka dia hodoh,kalau rupa dia macam siti norhaliza atau pun salena gomez,aku gerenti dia akan datang kapada kita dan terus tekel kita,hehehehehehehehehe) Dan ada yang seolah2 asap sahaja.Aku cuba juga ambik gambar banyak2,mana lah tau kemunculan nya mungkin pada kamera aku.Disini gambar yang aku ambil dan tak ada sebarang hantu pun bertengek kat situ....hehehe


Pada dasar nya kawasan batu kapal sangat sesuai untuk dibuat kawasan perkelahan,kerana dikawasan tersebut mengalir sebuah sungai yang sangat jernih airnya dan batu kapal merupakan satu aset yang besar untuk menarik pengunjung untuk beriadah kat situ dan bukan untuk dihidangkan dengan cerita2 yang bukan2 dan bukan untuk dijadikan tempat untuk maksiat.Kalau lah hanya itu tujuan nya aku sokong 100%hehehhehehehe...Dikatakan pada tahun hadapan kawasan ini hendak dimajukan untuk dijadikan kawasan perkelahan,Aku harap bumi tuhan ini kita nikmati denga sebaik2nya,........
 (Batu kapal ini sudah patah ditengah2nya,kalau diamat-amati memang menyerupai kapal betul. Kerana hakisan, rupanya sudah pun tiada,yang ada hanyalah seakan2 sahaja..  Panjang keseluruhan nya aku agak dalam 70kaki dan tingginya 15kaki)
Hidupan ini sudah lama aku tak temui,dibukit ini aku berkesempatan untuk mengambil gambarnya...

video batu kapal..


Rupa dibahagian belakang.
Rupa dibahagian depan.
Rupa bahagian sisi.

Rupa belakang sekali,rupa kapal seperti kena belah,hehehehe..
Sungai dibukit batu kapal.
 Sungai dibukit batu kapal..

Ahad, 20 November 2011

taman diair terjun sekayu..

 Air terjun sekayu terletak 52km dari bandaraya kuala terengganu,8km dari kampung aku dan 17km dari bandar kuala berang.Kawasan perkelahan air terjun sekayu dikenali dimana2 dan tak payah dipekenalkan lagi sebab dah menjadi kebiasaan kapada ramai pengunjung baik dari negeri terenggganu atau pun semenanjung am nya.Aku sengaja melihat kawasan perkelahan air terjun sekayu dari sudut yang berlainan,tanpa ada sedikit pun gambar air terjun nya.Dibawah ini gambar2 yang aku ambil tengah hari tadi untuk tatapan.




















Khamis, 22 September 2011

air terjun cemerong

AIR TERJUN CEMERONG
Nama besar ni dan dikatakan yang paling tinggi diAsia,Aku berkesempatan untuk berkunjung ketempat ni pada 21hb 9 2011 dan snap beberapa gambar(sebenarnya aku kesini dah banyak kali).Kedatangan aku kat sini berkebetulan pada hari tak cuti,jadi tak ada seorang pun pengunjung yang ada,Yang ada hanyalah tiga orang pekerja hutan lipur.
AIR YANG MEMUTIH DILIHAT DARI JAUH..

Air terjun cemerong terletak didungun terengganu sejauh 150km dari kuala terengganu,Dari kampung aku sejauh 100km.
Jalan masuk utama dari bandar Almutafi billah shah(durian mas)ke kampung jongok batu dungun dan kefelda semaring.
Kalau dilihat dari sudut ni mungkin bayangan kita kapada air terjun angel iaitu air terjun yang paling tinggi didunia.



Muka hadapan kawasan hutan lipur
Saja buat eksen..konon nya rasa hebat sangat..


Yang ada hanya kereta aku je yang sentiasa tersengeh tunggu aku.:)
Taman nya cukup selesa untuk berehat..Disini disediakan segala kemudahan asas seperti tandas,surau,kedai dan tempat permainanan kanak2.
Kedainya tak dibuka sebab tak ada orang...



Kawasan parking yang luas...
Sesuai untuk budak2 mandi manda,Tempat yang disediakan ni memang tak ada risiko lansung bila berlaku fenomena kepala air.

Kepala air merupakan hambatan air yang turun dari puncak bukit dengan kadar yang amat banyak,Ia berlaku kerana hujan yang terjadi dikemuncak bukit.Kepala air seolah2 tsunami, membawa segala benda dialiran yang dilaluinya,menyebabkan malapetaka kapada pengunjung.Fenomena ni pernah terjadi diair terjun sekayu menyebabkan 3 org mati dan berpuluh2 lagi cedera.Kapada pelawat hal ini mesti diambil berat...
Kolam yang terkebawah dari air terjun yang memutih kat atas,Sebelum aku sampai ke air terjun ni,aku menyangka air terjun ni terjun di dinding batu 90 darjah,rupa2nya kecerunan nya cuma dalam 50 ke 60darjah je,Jadi tak ada apa yang hebat sangat tentang air terjun ni,Bagi aku air terjun ni serupa sahaja dengan air terjun lain yang pernah aku pergi...Walau macam mana pun pasarana yang disediakan adalah tersangat baik,Kawasan nya bersih dan sentiasa terjaga.

Kapada yang nak datang tu dipesilakanlah,kalau tak nak datang, itu yang terlebih baik,kerana apa yang ada kat air terjun ni hanya lah batu,air dan pokok kayu,kalau nak tgk pokok kayu berlambak kat mana2 tempat,batu pun gitu jugak, depan rumah kita pun banyak,kalau batu tak ada depan rumah harap beli dengan JKR selori,hari2 boleh tenguk,Air pun gitu juga,buka paip je,mencurah airnya,Jadi jangan menyusahkan diri sendiri pada benda yang tak sekian mana,hehehe...sekian.