Isnin, 27 Februari 2012

Taman negara

Rasanya aku tak menyempat2 untuk menyiapkan blog aku yg ini,Kali ini aku menjelajah pulak ketasik kenyir untuk merasai nadi dan geraknya,Kali ini aku bukan lah sekadar ketasiknya sahaja tapi dah melampaui kebahagia hulu nya.Kali ini aku ketaman negara disebelah terengganu yang berhampiran dengan sempadan terengganu/Pahang.Trip aku ialah 3 hari 2 malam...

Untuk ketaman negara memerlukn permit khas,semua urusan  ialah dipejabat daerah kuala berang modus operandi nya sangat mudah,hanya memerlukan nama dan nombor kad pengenalan,selepas itu semua yang terbabit akan diperiksa dipintu masuk empangan kenyir,Setelah segala urusan selesai kita bolih lah meneruskan perjalanan denga bot yang disewa,kadar sewaan ialah 800 ringgit untuk semalam mengikkut standard bot yang disewa.Setelah menaiki bot selama 3 jam dari empangan sultan mahmud kita akan diperiksa untuk kali kedua olih jabatan hidupan liar di tanjung mentung. Sebenarnya untuk masuk ketaman negara mempunyai dua pintu masuk yang pertama diempangan kenyir dan pengkalan sungai gawi,ianya bergantung kapada bot yg disewa....
Aku dan rombongan bertolak pada pukul 10.30 pagi dan sampai ketaman negara pada pukul 4 petang,punya lah lama perjalanan tu,Malam pertama semua ahli tak dapat tidur kerana ganguan nyamuk yang amat banyak,digigitnya hingga kedalam hidung dan amat menyakitkan..

Pada hari kedua kami mula menjelajah kedalam hutan sambil menyusuri sungai dan memancing berbelas kilometer jauh nya daripada bot,punya lah lenguh tidak terkira ikan yg nk dikail tidak juga dapat mungkin kerana kekerapan pemancing yang datang mengakibatkan kepupusan...

Malam kedua kami menerima nasib yang sama kerana tidak dapat tidur seperti malam yang pertama juga disebabkan olih nyamuk yg banyak.Aku dan rombongan bertolak balik pada pukul 8.30 pagi dan sampai keempangan kenyir pada pukul 1 tengah hari,tq.......

Ditempat ini lah pertemuan antara sungai terengganu dan sungai tergan yg negeri terengganu mendapat namanya,Dikatakan kedalaman air ditempat ini dalam sekitar 100meter/300kaki


Pulau Mahathir yang tinggal terbiar dan tidak dibangunkan,Hanya ada sebuah bangunan yg tersorok didalam semak,Satu contoh pembaziran yang dilakukan...
Tanjung mentung,iaitu tempat pemeriksaan untuk masuk ketaman negara,Tempat ini sangat jauh kedalam iaitu 3 jam perjalanan denga houseboat  dari empangan sultan mahmud atau pun pengkalan Gawi,Ditempat ini didirikan chalet2 untuk disewa..
Tempat pemeriksaan yang terakhir
Gunung Bewah yang dikatakan tempat yg paling awal penempatan penduduk dan dikatakan melebihi 40ribu tahun..

Antara peserta yang datang dari kuala lumpur..
crew boat..
Dalam bot
Mamat yang eksen nya lebih,Ditempat ini kurang pemancing yang sampai tapi disebabkan air yang sangat jernih dan tohor ikan2 kelah yang hendak dipancing menjadi liar..




lunch time,Makan dihulu sungai dengan bekalan dibawa dan diisi dalam bag plastik,Lauk nya ialah budu,maggi dan ikan kelah yang dibakar,Sedapnya hingga tak terkata,Makan secara gila2 dan mungkin tak akan dirasai olih penduduk dibandar2


Pada kesimpulannya tasik kenyir patut dikunjungi atau tidak ianya bergantung kapada pendapat masing2,kerana tarikan utama tasik kenyir ialah airnya,Tapi kalau sekadar untuk melihat air nya aku nasihatkan kapada yang ingin berkunjung kesini tak payah lah datang kerana kalau sekadar untuk melihat airnya anda dinasihat supaya membuka air paip dirumah masing2,isi dalam baldi dan anda bolih tenguk air itu sepuas2nya kerana air tasik kenyir dan dalam baldi mempunyai formula yang serupa sahaja,anda bolih tgk air tersebut sama ada sehari suntuk,dua hari suntuk dan terpulang lah kapada pendapat masing2,

Begitu lah juga kalau ingin melihat air terjun atau lain2 tarikan,semua perkara yang ingin dilihat sudah pun ada kat luar atau berhampiran dengan kediaman kita,jadi pergi je tgk tempat yg ada kat luar dan tak payah datang ketasik kenyir,hehehehehehehehe..terima kasih.........

Sungai trengan sebahagian dari taman negara,Hulu sungai ini bersempadankan kenegeri Pahang,Dari sini untuk sampai ke kampung bantal pahang mengambil masa 8 hari untuk sampai dengan berjalan kaki.............