Jumaat, 5 Julai 2013

Taman negara kuala Koh

Taman negara kuala Koh suatu nama yang agak popular dikelantan,terletak dijajahan Gua Musang Kelantan dan sempadan terengganu.Terletak sejauh lebih dari 90km dari bandar Gua Musang.Sejauh 140km dari bandar Kuala Berang Terengganu..Tarikan utama taman negara kuala koh ialah ikan kelah nya selain dari meniti jambatannya dan berkayak serta camping..


Kemudahan yang disediakan ialah chalet untuk yang ingin bermalam disini dengan sewa yang agak berpatutan,Surau,tandas,kedai,taman permainan kanak2 telah disediakan dengan baik oleh pihak pengurusan taman negara.


Untuk kesini boleh dikatakan sangat mudah kerana taman negara kuala koh dihubungi dengan jalan raya yang baik,Oleh kerana aku dari kuala berang terengganu tentu perjalanan yang aku ambil melalui lebuh raya kuala berang-gua musang-simpang pulai.Sepanjang perjalanan dari kuala berang ke Felda Aring tak menjadi masalah langsung kerana jalan raya ini merupakan jalan raya yang berusia lebih kurang 10 tahun dan jalan nya sangat baik.Yang menjadi sedikit masalah ialah apabila memasuki jalan raya yang menghubungkan  taman negara iaitu dari simpang Felda Aring ketaman negara sejauh 16km.Dari sini ketaman negara jalan nya agak sempit dan berliku,kemahiran memandu ditagihkan dijalan ini,Walau macam mana pun sesampainya ketaman negara kita akan dibayar dengan kepuasan yang amat sangat kerana telah dijanjikan dengan kemudahan yang disediakan...

Bagi aku tarikan yang paling istimewa ditaman negara kuala koh ialah pakej memancing kelah nya yang mungkin tak ada ditempat lain,Dengan bayaran yang tentu kita boleh memancing dengan sepuas2nya dan ikan kelah yang dipancing pasti dapat walau pun sebesar lengan dan itu perjanjiannya apabila memancing ditaman negara kuala koh.Walau macam mana pun perjanjian pasti dapat ikan kelah tak termasuk dalam pakej  yang disediakan oleh pihak taman negara,huhuhu...
Kemudahan2 lain yang ada ditaman negara kuala koh merupakan  kemudahan2 biasa yang ada ditempat rekreasi lain...sekian...