Selasa, 25 Jun 2013

Lata belukar bukit



Lata belukar bukit sebuah kawasan perkelahan yang agak popular dihulu terengganu.Kawasan perkelahan ini merupakan kawasan perkelahan sungai kerana sebahagian besar kawasan perkelahan ini merupakan sungai yang berpasir,sebahagian lagi kawasan ini merupakan jeram yang berbatu yang agak bahaya kapada yang tak biasa dengan kawasan seperti ini.Sangat sesuai untuk mandi manda sekeluarga. Jauh dari bandar kuala terengganu 60km dan dari kuala berang 23km.
Kelengkapan yang ada merupakan surau tempat berehat,wakaf2 dan kedai,serta chalet untuk disewa.Air terjun belukar bukit kurang popular kerana tidak dibangunkan dengan baik seperti tempat2 perkelahan lain.Walau macam mana pun kawasan perkelahan ini sangat sesuai untuk dikunjungi dan mungkin kawasan perkelahan yang paling selamat walau pun mempunyai kes lemas yang jarang2 berlaku,sekian...




Rabu, 19 Jun 2013

Air Terjun sungai buweh...

Sempena dengan race motor ditasik kenyir pada 15 dan 16 hb jun 2013 yang lalu,aku sempat juga merayau2 kekawasan tasik kenyir iaitu taman rekreasinya,Tasik kenyir memang tak asing kapada aku,Dah beratus kali aku kesini,tapi taman rekreasi air terjun sungai buweh aku tak pernah kunjungi dan dikesempatan itu aku mengambil masa untuk merayau2 kekawasan tersebut..
Hentian dedap

Kawasan air terjun ini terletak berhampiran dengan tasik kenyir.Kawasan air terjun sungai buweh terletak 1 km dari simpang kepengkalan gawi,Dari situ sejauh 2-3 km lagi untuk sampai keair terjun tersebut.Penduduk tempatan memberi nama tempat ini sebagai pengkalan Pak Ali.Sepanjang perjalanan ke air terjun sungai buweh kita akan dihidangkan dengan pemandangan yang sangat menarik,kawasan yang redup dan nyaman.Sepanjang perjalanan keair terjun sungai buweh kita akan melalui 4 hentian yang bermula dengan hentian angsana,Hentian bongor,hentian cengal dan hentian dedap..
Air terjun sungai buweh tak lah besar sangat.Kemudahan yang ada hanya tandas dan tempat rehat tetapi menjanjikan pemandangan yang indah.Walau macam mana pun air terjun ini boleh dikatakan agak terpencil dan tidak patut dikunjung dengan jumlah yang kecil kerana sepanjang perjalanan sejauh 2 km  didapati kawasan ini sangat sunyi,Pengunjung sangat jarang datang tetapi kawasan ini dijaga dengan rapi terutamanya dari segi kebersihan...Pengunjung patut kekawasan ini dengan jumlah yang ramai seperti 2 buah kereta atau lebih dan rasai lah keindahan tempat tersebut terutama di hentian2 yang disediakan.Sangat sesuai untuk berkelah dan makan2 dengan keluarga,sekian...