Isnin, 21 April 2014

air terjun menderu

Air terjun menderu terletak dikemasek,kemaman,Terletak 13km dari bandar kemasek..Dari simpang 4 bandar kemasek,perlu mengambil jalan ke sri bandi,setelah 4 km dan ambil jalan kekanan ke kampung baru cabang sejauh 6 km,dari kg baru cabang perlu mengambil jalan sempit sejauh 3km.Jalan yang sempit tetapi berturap sangat baik...
Kemudahan yang disediakan seperti hutan lipur yang lain yang banyak terdapat di negeri terengganu,Kemudahan surau dan tandas menjadi kemestian ditempat berlipur,Mempunyai air yang agak cetek tetapi sangat sesuai untuk mandi manda bagi kanak2.
Jalan ke-air terjun menderu

Hutan lipur air menderu masih dalam pembinaan,Banyak tempat masih terbengkalai,pintu gerbang,tempat parking dan bangunan masih dalam pembinaan,Tempat ini agak tidak di-urus dengan baik,Hanya ada satu gerai yang dibuka oleh penduduk tempatan.Pengunjung boleh dikatakan agak ramai yang datang,Hari Jumaat merupakan hari yang ramai menerima pengunjung kerana hari jumaat merupakan hari cuti di terengganu..sekian
(Aku kesini kerana ternampak papan tanda air terjun menderu,dan dgn nama itu dah menarik minat aku untuk melihat tempat nya,Kali pertama Aku dengar nama air terjun menderu dan kali pertama aku kunjungi)











Pantai Kemasek

Pantai Kemasek terletak 2 km dari bandar kemasek,Tempat rereaksi yang menarik untuk berehat diwaktu petang,Pantai kemasek boleh dikatakan agak menarik kerana mempunyai kemudahan asas yang disediakan untuk kemudahan pengunjung dan menjanjikan persekitaran yang menarik.Walau bagaimana pun tempat ini boleh dikatakan tempat rereaksi yg bersifat domestik kerana kemudahan yang ada hanya terlalu asas....
Untuk kesini sangat mudah kerana pantai Kemasek terletak ditepi jalan utama dari kuala terengganu kekuantan  dan kuala Lumpur,Mempunyai parking yang luas dan mempunyai kedai makan yang agak selesa,Sangat sesuai kapada pemandu yang membuat perjalanan jauh untuk berhenti sebentar sambil menikmati permandangan yang indah..Sekian...

Gambar-gambar>>>>>>