Khamis, 26 Januari 2012

Pulau kerengge

Taman rekreasi pulau kerengge,terletak ditepi pantai menghala kedungun dan kula lumpur melalui jalan pantai.Tempat ini adalah tempat rekreasi biasa2 sahaja.terletak lebih kurang 30km dari kuala terengganu,Yang agak menarik taman ini ialah didalam taman ini ada sebuah alur yang jernih airnya,tapi tak sesuai untuk mandi manda cuma agak menepati sebagai sebuah taman yang indah.Kesebelah dalam sedikit mempunyai sebuah sungai yang sangat sesuai untuk memancing dan dihujung nya ialah laut yang sangat indah permandangannya.Cuma yang agak mengecewakan sedikit tepi pantainya agak kotor dan banyak sampah sarap......
Taman ini dilengkapi dengan pejabat penerangan,surau,tandas,tempat berehat untuk pengunjung dan taman permainan kanak2,Kawasan ini bolih lah dikatakan sekadar2 sahaja cuma sangat baik untuk dikunjungi dan tak membawa apa2 yang menarik,mungkin sangat baik untuk dijadikan tempat persinggahan kapada mereka yang membuat perjalanan jauh.
Jambatan yang merentasi sungai untuk kepantainya.

Pantainya..
Kalau lah taman ini disediakan khidmat untuk menyusur sungai dengan mengunakan bot ianya akan menjadi tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi.Indah dan mendamaikan.


rantau abang


Sudah lama aku tak mengunjungi rantau abang ,Rupa2nya rantau abang telah bertukar kapada tempat pendaratan ikan olih nelayan2 tempatan .Beberapa puluh tahun yang lalu aku rasa kan tempat ni tak lah macam ni,dibangunkan rumah2 dan sebagainya.

Rantau Abang bukan sekadar tempat untuk melihat penyu bertelur sahaja tetapi telah pun dujadikan tempat pembiakan penyu belimbing yang pada masa sekarang sangat berkurangan disebabkan beberapa kegiatan yang tak bertanggung jawab beberapa pihak.
Bagi aku rantau abang merupakan kampung nelayan yang amat asli,patut dikunjungi untuk merasakan keadaan kampung nelayan yang sebenar.Jauh dari kuala terengganu ialah 68km
Main dang dua tiga papang
Dok sedor sampai ke malang
Kedai payang jual budu belacang
Batek tembaga dan macang-macang

Kalu nok tra nasi dagang
Kita pakat gi kampong ladang
Buat bekal gi merang
Di setiu pata peranginan
Singgah sebetor ke rantau abang
Kita tengok penyu telor
Kita tengok penyu telor




Tapi sayang seribu kali sayang pantai rantau abang yang sebegini terkenal tinggal terbiar dan dipenuhi sampah sarap seperti tiada yang menyelegarakan nya.