Ahad, 29 Disember 2013

Lintah

(Lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan. Seperti golongan oligochaeta, lintah menampakkan anggota klitelum (bahagian kelenjar yang membengkak pada kulit anelid, misalnya cacing tanah, yang merembes kokun dan bahan nutrien untuk embrio.). Lintah merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) seperti cacing.Terdapat 650 specic lintah semuanya,hidup diserata permukan bumi yang sesuai tempatnya..

Sesetengah jenis lintah mempunyai kegunaan dalam perubatan menghisap darah sejak ribuan tahun dahulu, tetapi kebanyakan lintah tidak menghisap darah. Lintah penghisap darah berhinggap pada perumahnya sehingga kenyang, selepas itu turun untuk menghadamkan makanan. Badan lintah terdiri daripada 34 segmen. Penghisap anterior (mulut) terbentuk pada enam segmen terhadapan badannya, yang digunakan untuk beraput pada perumah, sambil mengeluarkan bendalir bius agar perumah tidak merasa hinggapan lintah. Lintah mengeluarkan campuran mukus dan lekapan dari otot-otot sepusat di keenam-enam segmen tersebut agar terus berpaut dan merembeskan enzim pencegah pembekuan darah dalam sistem darah perumah.)

Diatas ialah huraian tentang lintah seperti yang tertulis dalam wikipedia yang telah aku copy paste.Bagi aku apa yang dikatakan diatas aku sedikit pun tak faham.Bagi aku lintah merupakan suatu makhluk penghisap darah yang tak membawa apa2 kesan pun.Bila tersebut sahaja lintah aku mesti teringat ungkapan "lintah darat"

Kapada sesetengah orang lintah satu haiwan yang sangat ditakuti kerana mungkin sebab geli atau alahan kerana melihatnya.Aku pernah mendengar sebuah cerita yang telah dititis kan sejak lama dahulu perihal seorang suami yang bergurau dengan isterinya yang takutkan lintah,suatu hari sisuami telah campak isterinya kedalam kubang yang penuh lintah,oleh kerana terlampau takut siisteri meraung sekuat hati sedangkan suami hanya buat tak hirau,lama kelamaan suara isteri senyap dan suami mengambilnya dalam keadaan yang tiada nyawa lagi..Menyesallah suami yang tak membawa guna...
Lintah biasanya suka hidup didalam air yang berselut,seperti kubang alur2 yang kecik dan sawah padi,Lintah biasanya tiada dalam sungai yang berpasir atau lintah kurang hidup ditempat yang macam itu,Biasa nya lintah hidup diair yang kurang arusnya.Lintah kapada aku ialah ketika bermain disawah padi dimasa kecilku kerana lintah dan sawah memang tak dapat dipisahkan.Dimasa kecilku juga lintah telah dibuat busur wau,sesuatu yang mungkin tidak diketahui oleh ramai orang,Cara untuk membuatnya aku tak tau,
 
Fungsi lintah kapada alam aku tak berapa jelas tapi fungsi lintah kapada aku ialah untuk menghisap darah kerbau ketika disawah.Walau macam mana pun lintah mempunyai fungsi yang jauh lebih luas dari itu.Seperti yang diketahui sesuatu hidupan akan melengkapi hidupan yang lain dan mungkin lintah hidup untuk melengkapkan hidupan yang lain..
 
Lintah dapat melenturkan/panjang badan nya beberapa kali ganda dari saiz asalnya,pelenturan badan lintah boleh dilihat semasa bergerak atas tanah atau semasa lintah berenang.. Saiz badan lintah juga akan membesar beberapa kali ganda setelah menghisap darah.Lintah boleh hidup tanpa menghisap darah untuk beberapa lama,buktinya aku pernah kurung lintah dalam botol yg aku isi tanah didalam nya selepas sebulan aku mengeluarkan semua isi botol dan aku dapati lintah masih lagi hidup.Cacatan ilmiah tentang permakanan dan usia lintah tak pernah aku jumpai,mungkin kurang pembacaan aku tentang lintah.

Gambar2 lintah aku paparkan merupakan lintah yang sama sahaja,Saiznya yg berbeza2 ketika bergerak dan berdiam,Sekian...