Jumaat, 9 Disember 2011

Batu kapal.

 Batu kapal terletak dibukit batu kapal kampung Gerdung,kuala brang, hulu terengganu.Jauh dari bandar kuala brang disekitar 35 km dan dari bandar kuala terengganu ialah 70km.Kalau nak kebatu kapal ni memang tak susah langsung,hanya sekadar berlengang kangkung je.Masa untuk kita mencapai batu ni dengan berjalan kaki ialah 2jam,bagi yang dah biasa mungkin mengambil masa dalam 1jam sahaja.
Agaknya begini lah rupa batu kapal sebelum menjadi batu.

Aku dah beberapa kali kebukit ni untuk memburu batu yang dikatakan menyerupai kapal dan pada hari ini 8hb 12 2011 aku sekali lagi pergi untuk melihat dan untuk mempasti betul2 samaada ianya menyerupai kapal atau pun tidak dan kali ini aku pergi hanyalah 2 orang sahaja.Pergi dengan hanya dua orang akan mempercepatkan perjalanan kerana kita tak mempunyai banyak kerenah berbanding dengan pergi beramai2.

Aku mula mendaki pada pukul 3petang,pada anggaran aku perjalanan hanya lah dalam sekitar 1 jam sahaja dan sememang nya aku mengambil masa untuk mencapai batu tersebut hanyalah 1jam 15 minit sahaja.setelah mengambil gambar aku bertolak balik pada pukul 5 petang dan sampai kejalan raya setelah 45minit berjalan menuruni bukit pada pukul 5.45 petang.
Sebelum aku kebukit batu kapal aku telah diberi amaran olih penduduk kampung supaya tak membuat sesuatu yang bukan2 dan jangan bercakap besar kerana kawasan itu keras dan ada penunggu dengan lebih mudah maksudnya kawasan tu ada hantu, Perh....Mak Datuk kau...,punya lah primitif orang tu berfikir seolah2 hidup dikurun ke 5 masihi, dimasa datuk nenek kita menyembah batang kayu dan batu..

Untuk menghormati orang tua tu, aku diam je,tak kata apa2.walau pun dalam hati aku tak suka andaian yang macam itu,kerana pada pendapat aku hal2 penunggu dan hantu ini hanya lah berkait rapat dengan jin dan iblis,Kalau itu yang dimaksudkan,aku rasa tak perlu takut2 sangat bab yang macam ni kerana iblis dan jin ada dimana2 sahaja samaada dalam rumah kita dan yang amat mengerikan didalam badan kita sendiri.

Dengan berbekalkan semangat aku tu, aku melangkah kedalam hutan hujan tropika yang mungkin berusia jutaan tahun atau pun bertrilion2 tahun,hehehehe.....Memang semasa aku melangkah masuk kedalam hutan tu aku rasa meremang bulu tenguk aku maklum lah aku memang bercakap besar kapada diri aku sendiri perihal amaran ada nya hantu dan penunggu dikawasan tersebut ditambah pula aku pergi hanya lah dua orang sahaja..

Pada cerita2 yang aku dengar dari penduduk kampung berdekatan semasa aku minum dikedai.mereka bercerita pada dua bulan lepas ada beberapa orang berbangsa cina telah pergi kebatu tersebut dan mengambil gambar,tapi dikatakan gambar2 yang diambil tak menjadi,semuanya menjadi putih. Gambar yang tak menjadi hanya lah pada batu2 tersebut sahaja gambar yang tak berkaitan dengan batu tersebut semua nya menjadi,Aku abaikan cerita2 tersebut kerana bagi aku perkara itu terjadi kerana kesilapan sendiri,mungkin percahayaan yang tidak sempurna dan kesilapan mengambil gambar menyebabkan hal itu terjadi.Buktinya bila aku yang ambil gambar semuanya menjadi dengan sempurna 100%,heheheheehe,(otak manusia nak yang macam tu,bodoh sangat aku rasa)


Satu lagi kegiatan yang diceritakan olih penduduk tempatan tentang batu kapal ialah perbutan syirik yang dilakukan olih orang2 yang tak dikenali dengan menjadikan batu itu tempat untuk meminta nombor ekor.Mungkin dari sini lah jin2 kat situ dah naik mete (sombong,berlagak) dengan memperlihatkan rupanya yang amat hodoh itu kapada pengunjung yang datang(sesetengah orang sahaja) Kemunculan makhluk itu dengan rupa bermacam2 cara,ada yang bertengek atas batu dan malu2 nak tunjuk kan muka(maklum lah muka dia hodoh,kalau rupa dia macam siti norhaliza atau pun salena gomez,aku gerenti dia akan datang kapada kita dan terus tekel kita,hehehehehehehehehe) Dan ada yang seolah2 asap sahaja.Aku cuba juga ambik gambar banyak2,mana lah tau kemunculan nya mungkin pada kamera aku.Disini gambar yang aku ambil dan tak ada sebarang hantu pun bertengek kat situ....hehehe


Pada dasar nya kawasan batu kapal sangat sesuai untuk dibuat kawasan perkelahan,kerana dikawasan tersebut mengalir sebuah sungai yang sangat jernih airnya dan batu kapal merupakan satu aset yang besar untuk menarik pengunjung untuk beriadah kat situ dan bukan untuk dihidangkan dengan cerita2 yang bukan2 dan bukan untuk dijadikan tempat untuk maksiat.Kalau lah hanya itu tujuan nya aku sokong 100%hehehhehehehe...Dikatakan pada tahun hadapan kawasan ini hendak dimajukan untuk dijadikan kawasan perkelahan,Aku harap bumi tuhan ini kita nikmati denga sebaik2nya,........
 (Batu kapal ini sudah patah ditengah2nya,kalau diamat-amati memang menyerupai kapal betul. Kerana hakisan, rupanya sudah pun tiada,yang ada hanyalah seakan2 sahaja..  Panjang keseluruhan nya aku agak dalam 70kaki dan tingginya 15kaki)
Hidupan ini sudah lama aku tak temui,dibukit ini aku berkesempatan untuk mengambil gambarnya...

video batu kapal..


Rupa dibahagian belakang.
Rupa dibahagian depan.
Rupa bahagian sisi.

Rupa belakang sekali,rupa kapal seperti kena belah,hehehehe..
Sungai dibukit batu kapal.
 Sungai dibukit batu kapal..

3 ulasan:

  1. Jangan nati dijadikan tempat kemungkaran ...

    BalasPadam
  2. dari cakap2 org dikg gerdung,pada tahun hadapan kawasan ini akan dibangunkan menjadi tempat perkelahan dengan dibina chalet dan kemudahan lain...

    BalasPadam
  3. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    BalasPadam