Isnin, 26 Disember 2011

sungai ketiar

Sungai ketiar terletak dilebuhraya kuala berang/gua musang.Aku dah biasa ketempat ni,Tp seorang fren facebook telah mengajak aku untuk kesitu,Aku tak ada pilihan dan menerima sahaja ajakan itu.

Sungai ketiar terletak 100km dari kampung aku, 13km dari sempadan terengganu/ kelantan dan 70km dari bandar Gua Musang, Kelantan.Sungai ketiar adalah sebahagian dari tasik kenyir.Sebenarnya nya misi kawan  aku kesungai ketiar adalah untuk kesantuari gajah yang ada  disitu dan untuk pergi memancing ditasik kenyir sambil  menyusuri sungai2 yang ada dikawasan itu yang dikatakan sangat menarik permandangannya.Olih kerana banyak sangat songel fren aku ni. aku terpaksa bermalam untuk satu malam.
Setiba aku disitu aku telah terlihat notis ini,aku dan pengunjung lain tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan santuari.Sebenar nya ramai pengunjung yang datang pada hari itu kerana cuti krismas dan pulang dengan hampa.Aku telah diberitahu olih beberapa pengunjung,notis itu ditampal  kerana ada bantahan dari NGO kerana didapati pekerja2 di santuari telah mendera gajah yang dipelihara,setakat mana kebenaran nya aku pun tak tau.

Kawasan santuari dilengkapi dengan kemudahan asas seperti surau,tandas,wakaf dan tempat permainan kanak2..

Setelah aku tak dapat masuk kekawasan santuari aku cuba pulak memancing dan bercasting ditasik..
Jambatan yang mengkagumkan aku dan aku tidur dibawah nya.
 Menengung,kerana keselesaan tak ada,tapi sesekali mencuba cara ini akan menjadi kenangan.
Pak yar dan isteri, penghuni tetap bawah jambatan sungai ketiar/sungai belimbing,Beliau telah lama menjadi penghuni bawah jambatan ni,berusaha menangkap ikan secara kecil2an.Cara kehidupan yang menyedihkan,Tapi itu mungkin salah satu kegemaran nya dan tidak menyusahkan,Kita yang memandang merasa sedih,bagi yang empunya diri tak merasa apa2 pun....

 Kemudahan asas yang disediakan seperti separuh masak...Wakaf yang aku jumpa ni terletak jauh terpencil ditengah2 tasik,Kalau lah wakaf ini dibaiki dengan baik,wakaf ini bolih digunakan olih pengunjung2 yang datang,sama ada untuk berkhemah atau pun untuk berehat dikawasan yang terpencil ini.


Video ini aku saja2 rakam untuk menikmati waktu pagi disebuah sungai ditasik kenyir,agak purba kawasan ni.
Mamat2 penghidup watak blog aku.
Kesimpulan dari semua yang aku lihat dan dengar telah menjadi satu pertanyaan kapada aku.............
Mengapakah santuari gajah yang selama ini dibuka kapada umum sejak bertahun2 dahulu telah ditutup.Adakah dakwaan NGO itu benar,atau pun masing2 nak tunjuk kuasa yang tak seberapa dan yang jadi mangsa adalah orang ramai juga.

Sebenarnya tak penting sangat dengan santuari gajah kapada umum,tapi setelah santuari ni ada menjadi satu keinginan kapada orang ramai untuk mengunjungi nya, sedangkan santuari ini sangat jauh dari perkampungan dan didalam hutan rimba dan tentu nya memerlukan belanja dan masa.

Selain itu aku dapati dikawasan tasik ada kemudahan yang disediakan,tapi telah ditinggalkan terbiar begitu sahaja,seolah2 projek tersebut hanyalan untuk kepentingan pihak2 tertentu sahaja,

Bagi aku tasik kenyir dan sekitarnya sangat menarik,Banyak tempat2 yang patut dikunjungi dan dibangun kan,Pada pandangan aku tasik kenyir bertaraf antarabangsa,tapi yang aku dapati ianya seolah2 dibangunkan seperti separuh masak,seperti ada yang tak kena.Dan aku fikir tasik kenyir merupakan satu asset besar kapada negeri aku ni.



4 ulasan:

  1. kemah keming cik Azram leni..comei molek blog...

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. En syazwan:blog ambe ni seperti hidung tak mancung,pipi pulak yang tersorong-sorong...

    BalasPadam
  4. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    BalasPadam