Khamis, 22 September 2011

air terjun cemerong

AIR TERJUN CEMERONG
Nama besar ni dan dikatakan yang paling tinggi diAsia,Aku berkesempatan untuk berkunjung ketempat ni pada 21hb 9 2011 dan snap beberapa gambar(sebenarnya aku kesini dah banyak kali).Kedatangan aku kat sini berkebetulan pada hari tak cuti,jadi tak ada seorang pun pengunjung yang ada,Yang ada hanyalah tiga orang pekerja hutan lipur.
AIR YANG MEMUTIH DILIHAT DARI JAUH..

Air terjun cemerong terletak didungun terengganu sejauh 150km dari kuala terengganu,Dari kampung aku sejauh 100km.
Jalan masuk utama dari bandar Almutafi billah shah(durian mas)ke kampung jongok batu dungun dan kefelda semaring.
Kalau dilihat dari sudut ni mungkin bayangan kita kapada air terjun angel iaitu air terjun yang paling tinggi didunia.



Muka hadapan kawasan hutan lipur
Saja buat eksen..konon nya rasa hebat sangat..


Yang ada hanya kereta aku je yang sentiasa tersengeh tunggu aku.:)
Taman nya cukup selesa untuk berehat..Disini disediakan segala kemudahan asas seperti tandas,surau,kedai dan tempat permainanan kanak2.
Kedainya tak dibuka sebab tak ada orang...



Kawasan parking yang luas...
Sesuai untuk budak2 mandi manda,Tempat yang disediakan ni memang tak ada risiko lansung bila berlaku fenomena kepala air.

Kepala air merupakan hambatan air yang turun dari puncak bukit dengan kadar yang amat banyak,Ia berlaku kerana hujan yang terjadi dikemuncak bukit.Kepala air seolah2 tsunami, membawa segala benda dialiran yang dilaluinya,menyebabkan malapetaka kapada pengunjung.Fenomena ni pernah terjadi diair terjun sekayu menyebabkan 3 org mati dan berpuluh2 lagi cedera.Kapada pelawat hal ini mesti diambil berat...
Kolam yang terkebawah dari air terjun yang memutih kat atas,Sebelum aku sampai ke air terjun ni,aku menyangka air terjun ni terjun di dinding batu 90 darjah,rupa2nya kecerunan nya cuma dalam 50 ke 60darjah je,Jadi tak ada apa yang hebat sangat tentang air terjun ni,Bagi aku air terjun ni serupa sahaja dengan air terjun lain yang pernah aku pergi...Walau macam mana pun pasarana yang disediakan adalah tersangat baik,Kawasan nya bersih dan sentiasa terjaga.

Kapada yang nak datang tu dipesilakanlah,kalau tak nak datang, itu yang terlebih baik,kerana apa yang ada kat air terjun ni hanya lah batu,air dan pokok kayu,kalau nak tgk pokok kayu berlambak kat mana2 tempat,batu pun gitu jugak, depan rumah kita pun banyak,kalau batu tak ada depan rumah harap beli dengan JKR selori,hari2 boleh tenguk,Air pun gitu juga,buka paip je,mencurah airnya,Jadi jangan menyusahkan diri sendiri pada benda yang tak sekian mana,hehehe...sekian.


2 ulasan:

  1. Balasan
    1. kg tu kg yg sngt menarik,air terjun nya sgt memukau,sy bercita2 untuk mendaki keatas gunung yg membawa begitu byk air,mungkin disuatu masa...

      Padam