Selasa, 6 September 2011

MEMBURU KELAH MERAH

MEMBURU KELAH MERAH


Ikan kelah satu nama yg tak asing kapada pemancing yg inginkan kepuasan memancing.Ada seorang kawan aku yang sangat biasa memancing dilaut telah memberikan pendapatnya yg mencabar ramai pemancing,beliau mengatakan tidak sempurna seseorang pemancing kalau tidak memancing kelah.Baginya memancing dilaut dia langsung tak hairan walaupun sebesar mana ikan yg dapat dipancing.Bagi aku yg tak pernah kelaut, hanya tersengeh2 je lah.Bagi nya penamat dari segala jenis memancing adalah memancing kelah.
Distinasi kali ini adalah sungai tembat,salah satu cawangan sungai terengganu.Pergi mengunakan bot yg disewa dan melalui tasik kenyir.Tempat nya sangat jauh dipendalaman,memerlukan keringat bukan sedikit.Tempat ini merupakan jeram bersungai,yakni kita terpaksa menempuh jeram yg bercerum sebelum menemui sungai yg mengalir biasa.Walau macam manapun dijeram sudah memandai untuk memancing kelah.Masa yang diambil untuk melepasi jeram dalam tiga jam berjalan kaki.

Untuk memancing kelah seumpama nak mendaki gunung segala peralatan mesti dibawa.

Perjalanan pergi dan balik terpaksa berehat dibanyak tempat kerana keletihan.Angota yang paling tua berumur 72tahun,tapi kegagahan nya mengalahkan orang yang jauh lebih muda.
Makan ditempat berkhemah sentiasa terbuka selera,makan ditempat sebegini lebih dari berkelah,
Tempat perkhemahan seperti kem kominis,hehehe....

DENGAN BANGGANYA..


Hasil yang diperolehi sangat berbaloi,harga kelah dipasaran Rm120 sekilogram,kelah yang hidup mungkin mencapai Rm600 sekilogram,jangan cuba2 untuk makan dikedai atau restoren kalau kita mengangap harga kelah macam ikan biasa,harga kelah untuk satu hidangan  mungkin mencapai ribuan ringgit..Ada kawan saya terkena dgn harga tersebut dgn susah payah beliau terpaksa meminta bantuan kawannya yang lain untuk membayar bil.

BERIA-IA DENGAN PENUH KEBANGGAAN.

Kapada sesiapa yang nak memancing kelah mesti mempunyai sikap yang sabar kerana nak memperolihi satu ekor pun sangat payah,Kadang2 kalau nak dibuat kesimpulan,membeli lebih senang dari memerah keringat sampai begitu untuk memperolehi satu ekor kelah..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan