Ahad, 7 Ogos 2011

kulat



0lih kerana aku orang miskin dan pada musim hujan ni tak ada benda pulak untuk dimakan maka dengan segala terhoyong hayang aku melangkah keluar rumah untuk mencari kulat untuk dibuat lauk,Dengan segala sebak didada dan menitis air mata  aku berjumpalah beberapa jenis kulat yang lawa dan yang huduh,Tapi kebanyakan kulat semua nya lawa2 belaka.kekekekekekekekeekkekekkeke.....

Kulat bagi aku adalah sejenis tumbuhan, tapi ada yang kata ia bukan lah sejenis tumbuhan,Berserabut juga bila memikirkan nya.Kulat pula ada yang boleh dimakan ada yang tidak,Yang boleh dimakan rasanya sangat sedap kenyal dan lembut,Yang tak boleh dimakan dikatakan sangat beracun.Bagi aku yang menarik tentang kulat adalah rupa nya yang cantik putih dan gebu,putihnya sangat bersih walaupun tempat tumbuh nya kawasan yang kotor.Kulat dikatakan boleh hidup disegenap tempat atas muka bumi.

Kulat2 yang bolih dimakan ada beberapa jenis yang aku tahu antaranya ialah kulat paha ayam,kulat susu,kulat taon,kulat telinga kera, dan kulat sisir.Mungkin banyak lagi nama2 yang aku tak ketahui dan mungkin juga kulat yang tak bolih dimakan lebih banyak dari yang bolih dimakan,walahualam.Pada aku untuk mengetahui jenis2 kulat dan  lain2 tentang nya perlu kapada pengajian yang khusus tentang nya.

Kulat yang aku ambik gambar ni adalah sangat menarik perhatian aku,Kulat ini tumbuh dalam kebun kelapa sawit dan kebun getah.Warna nya sangat putih mempesona.(gambar kulat yang paling bawah yang paling mempesonakan aku,tapi bukan kereta proton pesona,hehehe)Tak ada apa yang aku nak cerita tentang kulat ni sebab semua dah sedia maklum peranan nya dalam masyarakat dan kehidupan manusia.
Semua catitan diatas tidak dirujuk kapada mana-mana buku,hanya pandangan aku sahaja sekadar memenuhi ruangan dan langsung tak akademik,tidak boleh dibuat apa-apa panduan.Nama-nama yang diberi itu hanya panggilan tempatan sahaja.Gambar-gambar diambil dipersekitaran aku sahaja.....

Dibawah ni ada gambar kulat yang aku sertakan untuk tatapan.Kalau ada yang nak tenguk lah,kalau tak nak tenguk sudeyyyyyyyyyy...





















1 ulasan:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    BalasPadam