Isnin, 21 April 2014

air terjun menderu

Air terjun menderu terletak dikemasek,kemaman,Terletak 13km dari bandar kemasek..Dari simpang 4 bandar kemasek,perlu mengambil jalan ke sri bandi,setelah 4 km dan ambil jalan kekanan ke kampung baru cabang sejauh 6 km,dari kg baru cabang perlu mengambil jalan sempit sejauh 3km.Jalan yang sempit tetapi berturap sangat baik...
Kemudahan yang disediakan seperti hutan lipur yang lain yang banyak terdapat di negeri terengganu,Kemudahan surau dan tandas menjadi kemestian ditempat berlipur,Mempunyai air yang agak cetek tetapi sangat sesuai untuk mandi manda bagi kanak2.
Jalan ke-air terjun menderu

Hutan lipur air menderu masih dalam pembinaan,Banyak tempat masih terbengkalai,pintu gerbang,tempat parking dan bangunan masih dalam pembinaan,Tempat ini agak tidak di-urus dengan baik,Hanya ada satu gerai yang dibuka oleh penduduk tempatan.Pengunjung boleh dikatakan agak ramai yang datang,Hari Jumaat merupakan hari yang ramai menerima pengunjung kerana hari jumaat merupakan hari cuti di terengganu..sekian
(Aku kesini kerana ternampak papan tanda air terjun menderu,dan dgn nama itu dah menarik minat aku untuk melihat tempat nya,Kali pertama Aku dengar nama air terjun menderu dan kali pertama aku kunjungi)











Pantai Kemasek

Pantai Kemasek terletak 2 km dari bandar kemasek,Tempat rereaksi yang menarik untuk berehat diwaktu petang,Pantai kemasek boleh dikatakan agak menarik kerana mempunyai kemudahan asas yang disediakan untuk kemudahan pengunjung dan menjanjikan persekitaran yang menarik.Walau bagaimana pun tempat ini boleh dikatakan tempat rereaksi yg bersifat domestik kerana kemudahan yang ada hanya terlalu asas....
Untuk kesini sangat mudah kerana pantai Kemasek terletak ditepi jalan utama dari kuala terengganu kekuantan  dan kuala Lumpur,Mempunyai parking yang luas dan mempunyai kedai makan yang agak selesa,Sangat sesuai kapada pemandu yang membuat perjalanan jauh untuk berhenti sebentar sambil menikmati permandangan yang indah..Sekian...

Gambar-gambar>>>>>>









Ahad, 29 Disember 2013

Lintah

(Lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan. Seperti golongan oligochaeta, lintah menampakkan anggota klitelum (bahagian kelenjar yang membengkak pada kulit anelid, misalnya cacing tanah, yang merembes kokun dan bahan nutrien untuk embrio.). Lintah merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) seperti cacing.Terdapat 650 specic lintah semuanya,hidup diserata permukan bumi yang sesuai tempatnya..

Sesetengah jenis lintah mempunyai kegunaan dalam perubatan menghisap darah sejak ribuan tahun dahulu, tetapi kebanyakan lintah tidak menghisap darah. Lintah penghisap darah berhinggap pada perumahnya sehingga kenyang, selepas itu turun untuk menghadamkan makanan. Badan lintah terdiri daripada 34 segmen. Penghisap anterior (mulut) terbentuk pada enam segmen terhadapan badannya, yang digunakan untuk beraput pada perumah, sambil mengeluarkan bendalir bius agar perumah tidak merasa hinggapan lintah. Lintah mengeluarkan campuran mukus dan lekapan dari otot-otot sepusat di keenam-enam segmen tersebut agar terus berpaut dan merembeskan enzim pencegah pembekuan darah dalam sistem darah perumah.)

Diatas ialah huraian tentang lintah seperti yang tertulis dalam wikipedia yang telah aku copy paste.Bagi aku apa yang dikatakan diatas aku sedikit pun tak faham.Bagi aku lintah merupakan suatu makhluk penghisap darah yang tak membawa apa2 kesan pun.Bila tersebut sahaja lintah aku mesti teringat ungkapan "lintah darat"

Kapada sesetengah orang lintah satu haiwan yang sangat ditakuti kerana mungkin sebab geli atau alahan kerana melihatnya.Aku pernah mendengar sebuah cerita yang telah dititis kan sejak lama dahulu perihal seorang suami yang bergurau dengan isterinya yang takutkan lintah,suatu hari sisuami telah campak isterinya kedalam kubang yang penuh lintah,oleh kerana terlampau takut siisteri meraung sekuat hati sedangkan suami hanya buat tak hirau,lama kelamaan suara isteri senyap dan suami mengambilnya dalam keadaan yang tiada nyawa lagi..Menyesallah suami yang tak membawa guna...
Lintah biasanya suka hidup didalam air yang berselut,seperti kubang alur2 yang kecik dan sawah padi,Lintah biasanya tiada dalam sungai yang berpasir atau lintah kurang hidup ditempat yang macam itu,Biasa nya lintah hidup diair yang kurang arusnya.Lintah kapada aku ialah ketika bermain disawah padi dimasa kecilku kerana lintah dan sawah memang tak dapat dipisahkan.Dimasa kecilku juga lintah telah dibuat busur wau,sesuatu yang mungkin tidak diketahui oleh ramai orang,Cara untuk membuatnya aku tak tau,
 
Fungsi lintah kapada alam aku tak berapa jelas tapi fungsi lintah kapada aku ialah untuk menghisap darah kerbau ketika disawah.Walau macam mana pun lintah mempunyai fungsi yang jauh lebih luas dari itu.Seperti yang diketahui sesuatu hidupan akan melengkapi hidupan yang lain dan mungkin lintah hidup untuk melengkapkan hidupan yang lain..
 
Lintah dapat melenturkan/panjang badan nya beberapa kali ganda dari saiz asalnya,pelenturan badan lintah boleh dilihat semasa bergerak atas tanah atau semasa lintah berenang.. Saiz badan lintah juga akan membesar beberapa kali ganda setelah menghisap darah.Lintah boleh hidup tanpa menghisap darah untuk beberapa lama,buktinya aku pernah kurung lintah dalam botol yg aku isi tanah didalam nya selepas sebulan aku mengeluarkan semua isi botol dan aku dapati lintah masih lagi hidup.Cacatan ilmiah tentang permakanan dan usia lintah tak pernah aku jumpai,mungkin kurang pembacaan aku tentang lintah.

Gambar2 lintah aku paparkan merupakan lintah yang sama sahaja,Saiznya yg berbeza2 ketika bergerak dan berdiam,Sekian...

Selasa, 19 November 2013

pantai pandak

Pantai Pandak,tak ada apa yang istimewa dengan pantai ini. Pantai pandak tempat rekreasi biasa sahaja.Pantai pandak boleh dikatakan pantai yang tak dihiraukan oleh pihak yang terbabit,Tiada kemudahan asas disediakan disini.Pantai ini boleh dikatakan pantai yang menarik jgk kerana pantai ini bukan sekadar pantai sahaja tetapi mempunyai bukit yang agak tinggi.Bukit nya pula mungkin boleh menjadi tambahan kapada pantai nya yang luas serta berbatu itu.Kalau diberi perhatian yang sewajarnya mungkin pantai ini akan menjadi salah satu pantai yang dihargai disekitar negeri Terengganu..

Teletak di cendering Terengganu dan beberapa kilometre sahaja dari Bandar kuala Terengganu.Memang sesuai benar untuk menyendiri kerana pantai ini sunyi dari kunjungan...Pantai pandak hanya dikunjungi dimasa2 yg tertentu sahaja kerana pantai nya agak jauh dari laluan utama..
Pantai nya berbatu hitam dan tak sesuai untuk mandi manda tetapi disebelah nya mempunyai pantai berpasir yang luas sangat sesuai untuk mandi manda dimasa2 yang tertentu..
Bukit ini sangat sesuai untuk trekking atau dibina sesuatu,seperti tempat rehat diatasnya,boleh memberikan pandangan yang menarik..








Jumaat, 5 Julai 2013

Taman negara kuala Koh

Taman negara kuala Koh suatu nama yang agak popular dikelantan,terletak dijajahan Gua Musang Kelantan dan sempadan terengganu.Terletak sejauh lebih dari 90km dari bandar Gua Musang.Sejauh 140km dari bandar Kuala Berang Terengganu..Tarikan utama taman negara kuala koh ialah ikan kelah nya selain dari meniti jambatannya dan berkayak serta camping..


Kemudahan yang disediakan ialah chalet untuk yang ingin bermalam disini dengan sewa yang agak berpatutan,Surau,tandas,kedai,taman permainan kanak2 telah disediakan dengan baik oleh pihak pengurusan taman negara.


Untuk kesini boleh dikatakan sangat mudah kerana taman negara kuala koh dihubungi dengan jalan raya yang baik,Oleh kerana aku dari kuala berang terengganu tentu perjalanan yang aku ambil melalui lebuh raya kuala berang-gua musang-simpang pulai.Sepanjang perjalanan dari kuala berang ke Felda Aring tak menjadi masalah langsung kerana jalan raya ini merupakan jalan raya yang berusia lebih kurang 10 tahun dan jalan nya sangat baik.Yang menjadi sedikit masalah ialah apabila memasuki jalan raya yang menghubungkan  taman negara iaitu dari simpang Felda Aring ketaman negara sejauh 16km.Dari sini ketaman negara jalan nya agak sempit dan berliku,kemahiran memandu ditagihkan dijalan ini,Walau macam mana pun sesampainya ketaman negara kita akan dibayar dengan kepuasan yang amat sangat kerana telah dijanjikan dengan kemudahan yang disediakan...

Bagi aku tarikan yang paling istimewa ditaman negara kuala koh ialah pakej memancing kelah nya yang mungkin tak ada ditempat lain,Dengan bayaran yang tentu kita boleh memancing dengan sepuas2nya dan ikan kelah yang dipancing pasti dapat walau pun sebesar lengan dan itu perjanjiannya apabila memancing ditaman negara kuala koh.Walau macam mana pun perjanjian pasti dapat ikan kelah tak termasuk dalam pakej  yang disediakan oleh pihak taman negara,huhuhu...
Kemudahan2 lain yang ada ditaman negara kuala koh merupakan  kemudahan2 biasa yang ada ditempat rekreasi lain...sekian...