Pantai air tawar terletak lebih kurang 2 km dari pekan kuala besut.Pantai air tawar dihubung dengan jalan yang baik.Pantai air tawar sangat sesuai untuk berehat kapada penduduk setempat.Kemudahan yang ada dipantai air tawar seperti kemudahan ditempat perkelahan lain,Tempat ini boleh dikatakan dalam keadaan baik pulih dan banyak kemudahan yang sedang dibina.Mempunyai pantai yang luas serta kolam nya yang menghiasi persekitaran nya.SEKIAN..
Ahad, 12 Oktober 2014
Selasa, 23 September 2014
bukit keluang
Pada 15hb.sept 2014 yang baru lalu,aku telah sekali lagi ke tempat peranginan bukit keluang,aku kesini sebagai ulangan kapada kedatangan aku yang pertama dulu,Aku telah datang ketempat perkelahan ini pada 4hb.ogos 2014 yang baru lalu. azramsulong.blogspot.com/2014/08/bukit-keluang.html Ketika itu aku hanya datang berseorangan tapi pada kali aku datang bertiga dengan anak buah aku...Pendakian aku pada masa itu tak sampai kerumah rehat yang disediakan di puncak,jadi kedatangan aku pada kali ini untuk kerumah rehat yang disediakan
Wakaf disediakan dipertengahan pendakian disebelah sungai keluang
Untuk mendaki ke puncak bukit ada beberapa jalan yang disediakan tapi hanya ada 2 laluan sahaja yang popular,laluan yang pertama ialah dengan menaiki tangga yang disediakan dan laluan yang ke-2 ialah disebelah muara sungai keluang.Untuk memudahkan pendakian aku memilih laluan yang bertangga seperti kedatangan aku yang pertama dahulu dan seterusnya kerumah rehat dan menuruni bukit disebelah sungai keluang...
Laluan yang disediakan dan ditanda supaya memudahkan pengunjung untuk mendaki
Pendakian bermula pada pukul 12.00 tengah hari setelah sampai dari kampung aku dikuala berang,Memandu dari kuala berang mengambil masa selama 2 jam untuk ke bukit keluang.Bertolak pada pukul 8.00 pagi dikuala berang dan singgah dibanyak tempat seperti di jertih,kuala besut dan kampung raja dan sampai kebukit keluang pada pukul 11.30 pagi
Pendakian disebelah tangga hingga kepuncak mengambil masa 30 minit.Pendakian aku hanya lah untuk menyambung pendakian aku mula2 datang dulu,Laluan dari puncak untuk kerumah rehat mengambil masa lebih kurang 20-30 minit,pada agakkan aku jauh nya lebih kurang 800 meter
pemegang besi disediakan untuk keselamatan
Berjalan diatas denai/laluan yang disediakan sangat menyenangkan.Tak ada kegusaran tapi agak takut sedikit kerana berjalan ditepi jurang,Perlu berhati2 supaya tidak terjadi kejadian yang tak diingini,..
Diluar pagar besi boleh saja ber selfie maut
Pada pukul 1 tengah hari aku dan anak buah aku telah pun sampai kerumah rehat yang disediakan sejak lama dahulu,Dikatakan rumah rehat ini telah dibaiki beberapa kali kerana selalu terjadi kerosakan akibat dari angin laut yang bertiup kuat.Permandangan dari sudut ini sangat indah,boleh dikatakan seperti berada di negera lain...
Klu berani boleh terjun banjee
Berehat selama setengah jam serta mengambil gambar dan makan bekalan yang dibawa aku menuruni bukit disebelah laluan sungai keluang pada pukul 1.30,Sampai kebawah hanya 20 minit menruni bukit secara santai dan main2 dan bertolak balik ke kuala berang setelah semua nya selesai,Sekian
Sepupu aku yang tinggal dikuala besut pernah bercerita kapada aku, dipuncak bukit ni pernah ditemui bermacam barang lama,Duit lama,keris lama dan mungkin juga hantu lama serta mungkin akan berjumpa dengan orang2 lama,kekeke
Rumah rehat agak besar dan sangat selamat untuk tidur malam kalau ingin merasa kedinginan malam dipuncak bukit keluang.
Masih kukuh,tapi atap nya dah tercabut.Kalau ada orang berniaga kat atas bukit ni alangkah indah nya dan kalau kerajaan dapat menyediakan kereta kabel terus kepuncak, aku pasti ramai yang akan berkunjung keatas bukit keluang,huhuhu..
Isnin, 21 April 2014
air terjun menderu
Air terjun menderu terletak dikemasek,kemaman,Terletak 13km dari bandar kemasek..Dari simpang 4 bandar kemasek,perlu mengambil jalan ke sri bandi,setelah 4 km dan ambil jalan kekanan ke kampung baru cabang sejauh 6 km,dari kg baru cabang perlu mengambil jalan sempit sejauh 3km.Jalan yang sempit tetapi berturap sangat baik...
Kemudahan yang disediakan seperti hutan lipur yang lain yang banyak terdapat di negeri terengganu,Kemudahan surau dan tandas menjadi kemestian ditempat berlipur,Mempunyai air yang agak cetek tetapi sangat sesuai untuk mandi manda bagi kanak2.
Jalan ke-air terjun menderu
Hutan lipur air menderu masih dalam pembinaan,Banyak tempat masih terbengkalai,pintu gerbang,tempat parking dan bangunan masih dalam pembinaan,Tempat ini agak tidak di-urus dengan baik,Hanya ada satu gerai yang dibuka oleh penduduk tempatan.Pengunjung boleh dikatakan agak ramai yang datang,Hari Jumaat merupakan hari yang ramai menerima pengunjung kerana hari jumaat merupakan hari cuti di terengganu..sekian
Pantai Kemasek
Pantai Kemasek terletak 2 km dari bandar kemasek,Tempat rereaksi yang menarik untuk berehat diwaktu petang,Pantai kemasek boleh dikatakan agak menarik kerana mempunyai kemudahan asas yang disediakan untuk kemudahan pengunjung dan menjanjikan persekitaran yang menarik.Walau bagaimana pun tempat ini boleh dikatakan tempat rereaksi yg bersifat domestik kerana kemudahan yang ada hanya terlalu asas....
Untuk kesini sangat mudah kerana pantai Kemasek terletak ditepi jalan utama dari kuala terengganu kekuantan dan kuala Lumpur,Mempunyai parking yang luas dan mempunyai kedai makan yang agak selesa,Sangat sesuai kapada pemandu yang membuat perjalanan jauh untuk berhenti sebentar sambil menikmati permandangan yang indah..Sekian...
Gambar-gambar>>>>>>
Gambar-gambar>>>>>>
Ahad, 29 Disember 2013
Lintah
(Lintah ialah haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan. Seperti golongan oligochaeta, lintah menampakkan anggota klitelum
(bahagian kelenjar yang membengkak pada kulit anelid, misalnya cacing
tanah, yang merembes kokun dan bahan nutrien untuk embrio.). Lintah
merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) seperti cacing.Terdapat 650 specic lintah semuanya,hidup diserata permukan bumi yang sesuai tempatnya..
Sesetengah jenis lintah mempunyai kegunaan dalam perubatan menghisap
darah sejak ribuan tahun dahulu, tetapi kebanyakan lintah tidak
menghisap darah. Lintah penghisap darah berhinggap pada perumahnya
sehingga kenyang, selepas itu turun untuk menghadamkan makanan. Badan lintah terdiri daripada 34 segmen. Penghisap anterior
(mulut) terbentuk pada enam segmen terhadapan badannya, yang digunakan
untuk beraput pada perumah, sambil mengeluarkan bendalir bius agar
perumah tidak merasa hinggapan lintah. Lintah mengeluarkan campuran
mukus dan lekapan dari otot-otot sepusat di keenam-enam segmen tersebut
agar terus berpaut dan merembeskan enzim pencegah pembekuan darah dalam
sistem darah perumah.)
Diatas ialah huraian tentang lintah seperti yang tertulis dalam wikipedia yang telah aku copy paste.Bagi aku apa yang dikatakan diatas aku sedikit pun tak faham.Bagi aku lintah merupakan suatu makhluk penghisap darah yang tak membawa apa2 kesan pun.Bila tersebut sahaja lintah aku mesti teringat ungkapan "lintah darat"
Kapada sesetengah orang lintah satu haiwan yang sangat ditakuti kerana mungkin sebab geli atau alahan kerana melihatnya.Aku pernah mendengar sebuah cerita yang telah dititis kan sejak lama dahulu perihal seorang suami yang bergurau dengan isterinya yang takutkan lintah,suatu hari sisuami telah campak isterinya kedalam kubang yang penuh lintah,oleh kerana terlampau takut siisteri meraung sekuat hati sedangkan suami hanya buat tak hirau,lama kelamaan suara isteri senyap dan suami mengambilnya dalam keadaan yang tiada nyawa lagi..Menyesallah suami yang tak membawa guna...
Kapada sesetengah orang lintah satu haiwan yang sangat ditakuti kerana mungkin sebab geli atau alahan kerana melihatnya.Aku pernah mendengar sebuah cerita yang telah dititis kan sejak lama dahulu perihal seorang suami yang bergurau dengan isterinya yang takutkan lintah,suatu hari sisuami telah campak isterinya kedalam kubang yang penuh lintah,oleh kerana terlampau takut siisteri meraung sekuat hati sedangkan suami hanya buat tak hirau,lama kelamaan suara isteri senyap dan suami mengambilnya dalam keadaan yang tiada nyawa lagi..Menyesallah suami yang tak membawa guna...
Lintah biasanya suka hidup didalam air yang berselut,seperti kubang alur2 yang kecik dan sawah padi,Lintah biasanya tiada dalam sungai yang berpasir atau lintah kurang hidup ditempat yang macam itu,Biasa nya lintah hidup diair yang kurang arusnya.Lintah kapada aku ialah ketika bermain disawah padi dimasa kecilku kerana lintah dan sawah memang tak dapat dipisahkan.Dimasa kecilku juga lintah telah dibuat busur wau,sesuatu yang mungkin tidak diketahui oleh ramai orang,Cara untuk membuatnya aku tak tau,
Fungsi lintah kapada alam aku tak berapa jelas tapi fungsi lintah kapada aku ialah untuk menghisap darah kerbau ketika disawah.Walau macam mana pun lintah mempunyai fungsi yang jauh lebih luas dari itu.Seperti yang diketahui sesuatu hidupan akan melengkapi hidupan yang lain dan mungkin lintah hidup untuk melengkapkan hidupan yang lain..
Lintah dapat melenturkan/panjang badan nya beberapa kali ganda dari saiz asalnya,pelenturan badan lintah boleh dilihat semasa bergerak atas tanah atau semasa lintah berenang.. Saiz badan lintah juga akan membesar beberapa kali ganda setelah menghisap darah.Lintah boleh hidup tanpa menghisap darah untuk beberapa lama,buktinya aku pernah kurung lintah dalam botol yg aku isi tanah didalam nya selepas sebulan aku mengeluarkan semua isi botol dan aku dapati lintah masih lagi hidup.Cacatan ilmiah tentang permakanan dan usia lintah tak pernah aku jumpai,mungkin kurang pembacaan aku tentang lintah.
Gambar2 lintah aku paparkan merupakan lintah yang sama sahaja,Saiznya yg berbeza2 ketika bergerak dan berdiam,Sekian...
Gambar2 lintah aku paparkan merupakan lintah yang sama sahaja,Saiznya yg berbeza2 ketika bergerak dan berdiam,Sekian...
Selasa, 19 November 2013
pantai pandak
Pantai Pandak,tak ada apa yang istimewa dengan pantai ini. Pantai pandak tempat rekreasi biasa sahaja.Pantai pandak boleh dikatakan pantai yang tak dihiraukan oleh pihak yang terbabit,Tiada kemudahan asas disediakan disini.Pantai ini boleh dikatakan pantai yang menarik jgk kerana pantai ini bukan sekadar pantai sahaja tetapi mempunyai bukit yang agak tinggi.Bukit nya pula mungkin boleh menjadi tambahan kapada pantai nya yang luas serta berbatu itu.Kalau diberi perhatian yang sewajarnya mungkin pantai ini akan menjadi salah satu pantai yang dihargai disekitar negeri Terengganu..
Teletak di cendering Terengganu dan beberapa kilometre sahaja dari Bandar kuala Terengganu.Memang sesuai benar untuk menyendiri kerana pantai ini sunyi dari kunjungan...Pantai pandak hanya dikunjungi dimasa2 yg tertentu sahaja kerana pantai nya agak jauh dari laluan utama..
Teletak di cendering Terengganu dan beberapa kilometre sahaja dari Bandar kuala Terengganu.Memang sesuai benar untuk menyendiri kerana pantai ini sunyi dari kunjungan...Pantai pandak hanya dikunjungi dimasa2 yg tertentu sahaja kerana pantai nya agak jauh dari laluan utama..
Pantai nya berbatu hitam dan tak sesuai untuk mandi manda tetapi disebelah nya mempunyai pantai berpasir yang luas sangat sesuai untuk mandi manda dimasa2 yang tertentu..
Bukit ini sangat sesuai untuk trekking atau dibina sesuatu,seperti tempat rehat diatasnya,boleh memberikan pandangan yang menarik..
Langgan:
Catatan (Atom)




