Memaparkan catatan dengan label jelajah rimba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jelajah rimba. Papar semua catatan

Ahad, 17 Februari 2013

main motor...


 Aku memang tak berminat untuk membuat cacatan  pada main moto kali ini kerana aktiviti ini macam dah jadi biasa sahaja,tiada yang pelik langsung,tapi sesuatu telah mendorong aku untuk membuat cacatan..Jalan yang diambil ialah kawasan projek memagar gajah yang hampir siap,Projek ini  merentangi dari tasik kenyir sehingga keair terjun belukar bukit...

Sebenarnya perjalanan aku pada kali ini hanya lah melibatkan kumpulan yang kecil sahaja  iaitu diangotai 12 orang yang terdiri oleh ahli keluarga sahaja,tiga orang dari peserta dibawah umur 13 tahun.Pada awalnya kami mengambil sikap untuk bersantai sahaja tetapi disebabkan tersalah perhitungan permainan kali ini telah menjadi suatu yang sangat mengerikan...


Hanya dengan bekalan yang paling simple kami memulakan perjalanan  pada pukul 3.00 petang selepas solat jumaat 15022013,Pada perkiraanku perjalanan akan tamat pada pukul 7.00 petang tanpa menyangka  laluan yang sering diambil menjadi seburuk dan sangat teruk, mungkin disebabkan musim banjir yang belum tamat.

Pada pukul 7.00 petang kami belum pun sampai separuh dari perjalanan kerana hari hujan dan laluan dipenuhi dengan alur2 air yang sangat besar  akibat dari musim tengkujuh yang sedang melanda pantai timur semenjak dari bulan disember 2012.


Sampai di summit kami mengambil masa sebentar untuk berehat dan diwaktu itu hari dah pun malam dan aku sangat tau bahawa perjalanan masih lagi berbaki separuh dan untuk memulakan perjalanan merupakan sesuatu yang diluar dugaan sama sekali kerana perjalanan yang akan ditempuh akan lebih teruk dari mendaki,kerana jalan yang akan ditempuhi nanti merupakan laluan yang menurun dan bercerun dalam,Untuk berpatah balik juga menjadi sesuatu yang tak mungkin kerana laluan  yang telah ditempuh telah diketahui susah senang nya..

(Salah satu jalan yang dilalui,klu ada yang nak mencuba dipesilakan dengan hurmatnya..)

Dengan berbekal semangat hampir menipis dan dengan membaca al fatihah serta ayat2 kursi aku dan semuanya menempuh perjalanan yang langsung tak pasti dan jangkaan memang tak meleset kerana telah diagak perjalanan akan ditempuh akan bertambah teruk dan ia nya menjadi kenyataan yang memeritkan.Malam yang amat gelap dan ditambah dengan hutan tebal dikiri kanan jalan dengan pokok2 besar yang merimbun dan dengan  tiadanya lampu pada semua motor2 yang ditunggang menjadi sesuatu yang sukar untuk digambarkan,Perjalanan hanya lah dipandu dengan sebuah lampu picit yang bersaiz s sahaja (kecik lah tu,tu pun ada yg ganas tangan isi dalam bag.nok harapkan flash kamera mmg tak dak cang lasung sbb hujan sokmo,huhuhu).

Setelah hampir 7 jam (3 jam waktu siang dan 4 jam diwaktu malam) bertarung dengan kegelapan dan keletihan serta semangat yang menurun pada tahap hampir 0 darjah kami sampai rumah hampir pukul 11 malam,hehehe...
Cahaya hanya datang dari kamera.. (Mungkin ada dari pembaca yang mempelekehkan laluan yang aku dan peserta lain ambik,aku dengan sombong dan eksen nya memcabar mereka untuk mengikuti perjalanan ini dimusim hujan kerana dari situ lah dapat mengukur sejauh mana ketahanan fizikal dan mental,huhuhu(tapi saja2 je tu)
Wajah yang keletihan,huhuhu..

(Di summit...,berkabus tebal,hujan yang lebat mengakibatkan gambar yang disnap tidak menjadi kerana lensa dipenuhi air..)

Khamis, 6 Disember 2012

Jelajah rimba

Sebenarnya aku dah biasa sangat dengan laluan ni,Jelajah aku yang kali ini terasa plk aku nak buat cacatan.Catatan yang sangat ringkas,Perjalanan bermula dari lata kemat melalui jalan pembalakan dan jalan projek memagar gajah yang telah separuh siap..Projek memagar gajah tidak lah aku ketahui sejauh mana ianya telah siap tp dari permehatian aku ianya telah giat dilakukan...

Melalui kawasan yang berbukit dan curam banyak cabaran yang mesti ditempuhi,ketahanan diri yang paling asas selain itu kerosakan jentera memang tak dapat dielakan,mungkin akibat dari perahan yang lama untuk kesatu2 tempat dan mungkin juga kemalangan kecil..

Perjalanan bermula pada pukul 10 pagi dengan beberapa orang dan mengambil masa yang agak lama dikawasan lebih dari 2000 kaki dari paras laut,Perjalanan jelajah telah berakhir dikawasan taman pertanian sekayu pada pukul 3.45 petang...
 Rehat
 Semut besar
 Rider yang paling menonjol di HTMCC




Jauh dipermandangan ialah bandar kuala berang,terengganu...
 Rider jemputan dari johor bharu
 Kerosakan
 Kerjasama dalam pasukan



Laluan yang mencabar..
 Rider yang paling muda
 Persiapan membakar ikan
 Rehat dan makan
 Permandangan yang indah
Ditaman pertanian sekayu