Ahad, 20 Januari 2013

bumbung raja

Hutan lipur bumbung raja terletak didaerah dungun terengganu,Jarak antara bandar kuala terengganu ialah 130km dan dari bandar dungun lebih kurang 90km..Untuk kesini memang mudah kerana hutan lipur bumbung raja dihubungi dengan jalan raya yang baik sama ada dari arah mana sekali pun, sama ada dari kuala lumpur,dari bandar raya kuala terengganu atau pun dari arah bandar dungun sendiri..

Difahamkan kawasan ini telah  menjadi tempat persinggahan raja2 dimasa yang lalu.Dikatakan rombongan raja telah turun memburu dan menangkap ikan,kerana terlalu kerap rombongan di raja ketempat ini lalu dinamakan sebagai bumbung raja.,Itu serba sedikit kisah terbitnya nama bumbung raja...
Hutan lipur bumbung raja sangat sesuai untuk mandi manda,Air nya cetek dan jernih,luas dan tak membahaya..

Walau macam mana sekali pun kawasan perkelahan ini seperti langsung tak terjaga,Tiada pegawai atau renjer yang ada dikawasan itu,kawasan ini sangat sunyi dan menakutkan kalau kita datang hanya berdua atau bertiga orang sahaja.Untuk keselamatan diharapkan datang beramai2 kerana bila kita hendak kehutan lipur kita terpaksa melalui dalam kampung terlebih dahulu dan jalan yang dilalui penuh dengan semak samun dan sempit,Kalau dah ramai2 memang tak jadi masalah langsung..
Kawasan perkelahan bumbung raja mempunyai kemudahan asas seperti surau tandas,tempat permainan kanak2,dewan serta wakaf2 untuk pengunjung yang datang....
Aku harap orang luar dari terengganu datang dan nikmati lah suasana kawasan perkelahan ini yang jauh tersorok dipendalaman..Pasti akan dapat satu kenangan yang indah,lebih2 lagi kapada mereka2 yang tinggal di bandar....sekian

Khamis, 6 Disember 2012

Jelajah rimba

Sebenarnya aku dah biasa sangat dengan laluan ni,Jelajah aku yang kali ini terasa plk aku nak buat cacatan.Catatan yang sangat ringkas,Perjalanan bermula dari lata kemat melalui jalan pembalakan dan jalan projek memagar gajah yang telah separuh siap..Projek memagar gajah tidak lah aku ketahui sejauh mana ianya telah siap tp dari permehatian aku ianya telah giat dilakukan...

Melalui kawasan yang berbukit dan curam banyak cabaran yang mesti ditempuhi,ketahanan diri yang paling asas selain itu kerosakan jentera memang tak dapat dielakan,mungkin akibat dari perahan yang lama untuk kesatu2 tempat dan mungkin juga kemalangan kecil..

Perjalanan bermula pada pukul 10 pagi dengan beberapa orang dan mengambil masa yang agak lama dikawasan lebih dari 2000 kaki dari paras laut,Perjalanan jelajah telah berakhir dikawasan taman pertanian sekayu pada pukul 3.45 petang...
 Rehat
 Semut besar
 Rider yang paling menonjol di HTMCC




Jauh dipermandangan ialah bandar kuala berang,terengganu...
 Rider jemputan dari johor bharu
 Kerosakan
 Kerjasama dalam pasukan



Laluan yang mencabar..
 Rider yang paling muda
 Persiapan membakar ikan
 Rehat dan makan
 Permandangan yang indah
Ditaman pertanian sekayu

Jumaat, 23 November 2012

Taman tasik tanjung sura

Taman tasik tanjung sura ialah sebuah taman rekreasi yang terletak berhampiran dengan bandar dungun,terengganu..Berdekatan dengan taman rekreasi ni ada sebuah taman rekreasi lain iaitu kawasan rekreasi teluk gadung..
Dilengkapi dgn pasarana yg baik,kawasan pejalan kaki yang indah,Parking  dan taman permainan kanak2
Pada kesimpulanya taman tasik tanjung sura merupakan taman rekreasi yang patut dikunjungi kerana kedamaian nya,Boleh dikatakan sebagai tempat kunjungan penduduk setempat dan individu yang lalu untuk perjalanan jauh seperti kuala lumpur dan johor,walau mcm mana pun taman rekreasi ini hanya lah tempat rekreasi biasa sahaja,namun mengunjungi nya tak memberi kerugian kapada pengunjung...



Khamis, 22 November 2012

Teluk Gadung


Teluk gadung sebuah taman rekreasi yang terletak berhampiran dengan bandar dungun,terengganu..Teluk gadung dibina oleh sebuah tasik semulajadi,Tasik nya akan menjadi sebahagian dari laut apabila air pasang dan akan menjadi sebuah tasik yang cantik apabila air laut surut.Disisi nya mempunyai pasarana yg indah dan dijaga rapi..

Gadung memberi maksud kapada sejenis ubi yang dinamakan gadung,Mungkin disekitar teluk gadung mempunyai banyak ubi jenis ni kerana disebelah teluk gadung mempunyai sebuah bukit yang dinamakan bukit bauk,Mungkin dibukit ini tumbuhnya ubi gadung tersebut dan kawasan ini dinamakan sempena nama ubi gadung iaitu teluk gadung....
Banyak  cerita misteri yang aku dengar tentang teluk gadung,Dikatakan dikawasan bukit bauk didiami makhluk ghaib,Dikatakan bukit bauk merupakan pekampungan orang bunian,Banyak juga cerita aneh yang terjadi disini.Dikatakan kanak2 kecil bermain ditaman teluk gadung sedangkan waktu itu sudah pun 2 pagi..Cerita2 lain ialah buai yang terhayun dengan sendiri dan banyak lagi cerita2 yang seumpama itu yang tak perlu sangat kita memikirkan nya sebab makhluk2 itu hanya lah makhluk ALLAH juga dan tak perlu kita memkaguminya...
Pada kesimpulanya teluk gadung merupakan taman rekreasi yang patut dikunjungi kerana kedamaian nya,Boleh dikatakan sebagai tempat kunjungan penduduk setempat dan individu yang lalu untuk perjalanan jauh seperti kuala lumpur dan johor,Mungkin teluk gadung tidak diangkat kapada kunjungan untuk luar negara kerana teluk gadung seumpama taman rekreasi biasa sahaja....






Rabu, 25 Julai 2012

agro resort

Agro resort ni terletak daerah setiu terengganu,terletak lebih kurang 88km dari bandar kuala terengganu dan 13 km dari bandar permaisuri,Nak kesini langsung tak payah sebab resort ni dihubungkan dengan jalan raya yang baik..Dalam misi aku jalan2 kat negeri aku yang maha indah ni maka tersinggah lah aku di-agro ni,

Masa aku sampai kat sini tak ada seorang pun pelawat yang aku jumpa,lenggamg yang selengang2nya. Jauh sekali nak diadakan sambutan kat kita yang datang ni.hehehehehehe..Hairan jugak aku sebab apa tak ada pengunjung yang datang sedangkan pada hari aku mengunjungi agro resort pada hari jumaat iaitu hari kelepasan am untuk negeri terengganu..


Setelah aku bertanya kat pekerja yang ada disitu baru lah aku ketahui bahawa resort ni hanya lah tempat diadakan majlis2 tertentu sahaja seperti mesyuarat,bengkel,kursus oleh jabatan kerajaan dan swasta,Walau pun begitu resort ini menerima juga pengunjung biasa seperti aku dan kebetulan masa aku sampai memang tak ada penyewa atau pelawat yang datang menyewa ditempat ni...Aku tak nak lah cerita lebih2 tentang resort ni sebab aku kurang tau sangat tentang resort ni..Walau mcm mana pun adalah jugak kegiatan seperti berkayak dan beberapa kegiatan lasak yang lain.(budak2 tak cukup umur memang layak berkayak kat sini,klu dah berumur tu jangan lah cuba2,buat malu je,huhuhuhuhu)0leh kerana aku dah sampai keresort ni jadi aku ceritakan lah apa yang aku nampak,

Disekitar nya memang cukup mendamaikan jauh dari hiruk pikup kederaan,Sangat sesuai sangat untuk yang berkeluarga bermalam dan berkelah,Suasana sangat kekampungan.Gambar2 yang aku sempat rakam ada kat bawah,sekian....






Selasa, 12 Jun 2012

Biawak besar

 Biawak besar jarang aku jumpa,yang biasa aku jumpa ialah biawak2 yang kecil dan mungkin beratnya dalam 5-6 kg sahaja,Tapi biawak yang aku jumpai ini memang besar dan aku tak pernah tenguk biawak yang besar macam ni.Aku anggarkan berat biawak yang aku jumpa ni dalam 40kg dan panjang nya lebih kurang 8 kaki